Cara “cash-out” PayPal ke dalam akaun CIMB

Ini bukan kali yang pertama aku “cash-out” PayPal ke CIMB bank. Tapi satu kejadian yang sangat mengejutkan aku dimana semalam aku “cash-out” dan duit masuk dalam hari yang sama.

Sungguh efisyen bukan?

Sebab teruja duit PayPal masuk cepat, aku jadi termotivasi untuk menulis cara-cara “cash-out” PayPal ke CIMB. Hahahaha. Tak silap aku cara ini terpakai untuk semua bank di Malaysia.

Tetapi, sebelum aku tunjukkan cara “cash-out” ke dalam akaun CIMB, tips pertama yang paling penting untuk mengelakkan anda dikenakan caj adalah untuk “cash-out” minima pada RM400. Kalau kurang RM400, anda akan dikenakan caj RM3 per transaksi. 

Cara mudah untuk “cash-out” PayPal ke dalam akaun CIMB atau bank-bank lain.

  1. Login PayPal
  2. Masuk ke laman “account overview”
  3. Pergi ke tab “withdraw”
  4. Pilih “withdraw to your bank account”
  5. Di laman ini anda boleh memilih berapa jumlah yang hendak dikeluarkan. Tapi sebelum tu, pilih “add bank account” untuk masukkan nombor akaun CIMB anda.
  6. Setelah nombor akaun CIMB dimasukkan, boleh ulang langkah #4 dan #5 tadi untuk memasukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
  7. Siap!

Takde la rumit sangat proses nak “withdraw” PayPal ke CIMB ni.

Kalau korang perasan masa langkah #4 tadi, masa pemprosesan transaksi PayPal ke CIMB dinyatakan dalam 2-3 hari bekerja. Jadi macam mana aku boleh dapat dalam 1 hari sahaja?

Ini aku cerita sini abis kat sini je la ok. Mungkin kebetulan pun ada. Tapi untuk kejadian aku tu, aku “withdraw” PayPal hari isnin lepas jam 8 pagi. Kemudian aku check dalam CIMB pukul 4 petang dah masuk. Hebat kan? hehehe.

Sekian sahaja daripada saya. Kalau ada yang nak menderma melalui PayPal, jangan segan untuk hubungi saya cepat-cepat. CIMB pun boleh. 🙂

P/s: Dah lama takde tutorial kat blog aku ni.

One Reply to “Cara “cash-out” PayPal ke dalam akaun CIMB”

  1. orang dah masyuk le fiverr katakan..ahaha..mmg skrg ni dah cepat.opis Paypal Malaysia pun dah ada, apa ada hal

Comments are closed.