Hello world!

morning-grass-pic

Salam 1Pisyek.

Dah lama rasanya aku tak berblog secara serius. Sejak setahun-dua ni asyik berblog sambil lewa je. Hehehe. Dan kemudian telah datang satu semangat baru. Semangat untuk bermula dari kosong balik. #lulz

“Kenapa mula dari kosong?”

Aku sebenarnya malas nak cerita. Kalau cerita pun bukan korang faham. Tapi cerita sini habis sini je, ok? Sebenarnya aku malas nak uruskan fail-fail dan entri-entri lama dalam blog yang sebelum ini. Aku nak tukar theme baru tapi kebanyakan entri lama macam terikat sangat dengan theme yang lama-lama dulu. Malas la pulak aku nanti nak kemaskan satu per satu.

Entri yang lama-lama tu nanti aku re-publish balik kat sini, terutama tutorial-tutorial. Nanti senang sikit korang nak buat rujukan, kan?

“Eh, bukan ko selalu tulis dalam english kat sini?”

Mulai saat ini, aku akan menulis secara dwi-bahasa. English dan Melayu. Baru la rajin sikit nak menulis kat sini. Tak la pening sangat kepala nak alih bahasa. Hehehe.

Aku rasa cukup setakat ini dulu pengenalan untuk blog baru ni. Blog baru mana boleh tulis panjang-panjang. Newbie mana boleh lawan Pro. Kah kah kah.