Jana Pendapatan Pasif Online dan Mudah Dengan Adf.ly

money online adf.ly

Pernah dengar pasal Adf.ly ni? Adf.ly merupakan satu laman yang menawarkan servis memendekkan URL dan akan membayar anda jika ada pelawat yang melawat URL anda tadi.

Ada beberapa lagi web yang menawarkan servis yang sama tapi sila berhati-hati kerana ada juga yang “scam”. Jadi disini aku ingin kongsikan pengalaman menggunakan Adf.ly ni.

Untuk pengetahuan anda, aku baru je berjaya “cash-out” 3 kali. Iye lah, trafik tak kencang sangat berbanding laman warez yang menawarkan perkongsian movie, mp3, dan lain-lain. Tapi tak salah juga untuk anda mencuba servis memendekkan URL ni sebab ini boleh dijadikan satu pendapatan pasif.

Untuk korang yang blogger tegar ni, kan selalu tulis blog dan berkongsi URL dalam entri-entri blog korang. Jadi ini merupakan satu peluang untuk menjana pendapatan pasif secara online yang bagi aku, sangat lah mudah. 🙂

Anda akan menerima bayaran pada setiap 1 haribulan. Kadar minimum pula adalah serendah $5 USD. Anda boleh memilih untuk menerima bayaran menerusi PayPal, Payoneer, atau Payza.

Jadi tunggu apa lagi. Sila berdaftar dengan Adf.ly sekarang dan mula jana pendapatan pasif online anda sekarang!