Pengalaman Pertama Menggunakan Xiaomi Redmi 3s

redmi 3s

Aku baru je pakai phone Xiaomi Redmi 3s ni. Tak sampai pun sebulan tapi rasa macam dah layak untuk tulis review. Ekekeke. Kalau korang berminat nak beli, boleh usha Lazada atau 11Street.

Kenapa memilih Xiaomi Redmi 3s?

Phone ni antara termurah dan dalam lingkungan bajet aku la. Boleh didapati sekitar RM600. Antara fungsi dan spesifikasi yang menarik adalah memori 3GB/32GB storan, bateri berkapasiti 4100mAh, GPU Adreno 505 dan ada pengimbas jari.

Cuma aku masih lagi bertatih la sebab tak biasa menggunakan antaramuka MIUI ni. Sebelum ni aku pernah guna Samsung dan Asus je. MIUI pun boleh tahan menarik jugak.

Aku jenis yang tak main game sangat dekat phone, tapi aku ada install Mortal Kombat X. Grafik memang superb! Seksi dan menghairahkan! Terasa lancar je aku main. Hehehe.

redmi 3s battery

Jika saiz tangan anda kecil dan sedang-sedang saja, sesuai la kot dengan Redmi 3s yang bersaiz 5.0 inci ni. Nak menaip menggunakan sebelah tangan pun mudah. Nipis pun nipis. Ketebalan lebih kurang 8.5mm.

Itu sahaja untuk setakat ini. Nanti aku sambung dalam post yang lain. Aku tengah mencari buyer untuk Asus Zenfone 2 Laser lama aku tu. Kalau korang berminat nak beli, sila hubungi aku cepat-cepat. Hehehe.