Pengalaman pertama menjadi Tutor Laravel 5 online

pisyek-fiverr-wallpaper

Aku sekarang freelancing melalui Fiverr. Antara servis yang aku tawarkan adalah web development crash course menggunakan Laravel 5/CodeIgniter 3. Jadi sekarang aku mengajar secara online tentang Laravel 5.

Kursus Laravel 5 yang aku tawarkan ini adalah sesuai untuk level beginner – intermediate. Setakat ni aku pernah mengajar client dari negara-negara sekitar UK.

Mengajar secara online ni ada cabarannya yang tersendiri. Antaranya:

  • Sambungan internet yang stabil
  • Beza masa antara negara
  • Bahasa

Aku memang tak ada masalah dengan internet kalau kat rumah sebab guna Unifi. Dan Unifi ni jarang sekali down. Seingat aku dalam setahun ada la sekali dua. Modem Unifi pun baru sekali rosak setakat ni. Hehehe.

Yang menjadi masalah besar pada aku adalah beza masa antara negara. Beza ada la dalam 7 ke 15 jam berbanding masa Malaysia. Orang Malaysia dah bangun, orang sana pulak yang baru nak tidur. Kat sana dah pagi, Malaysia pula dah jadi malam. Hurm.

Sekiranya berminat untuk menjemput aku sebagai trainer untuk sebarang kursus web development menggunakan Laravel 5 atau CodeIgniter 3, boleh contact aku. Final year student yang memerlukan bimbingan untuk buat FYP pun insya-Allah aku boleh tolong. 🙂

Ok? Peace yaw!

One Reply to “Pengalaman pertama menjadi Tutor Laravel 5 online”

Comments are closed.