Pengalaman Sertai Kursus Android Mobile Dev MaGIC

Dah lama aku bercita-cita nak belajar buat aplikasi Android sendiri dan secara kebetulan MaGIC menawarkan  kursus Mobile Development (Android) Course belajar secara separuh masa. Syukur aku terpilih untuk menyertai kelas pembangunan aplikasi Android ni.

Sebahagian besar yuran pengajian adalah ditaja oleh MaGIC dan para peserta hanya perlu membayar sebanyak RM400. Walaupun jumlah ini agak besar jika dibandingkan dengan kos kelas online yang lain seperti di Udemy, suasana pembelajaran, perkongsian tips oleh tenaga pengajar dan peserta lain itu yang berharga dan tidak akan diperoleh secara kelas online pada pendapat aku.

Dalam masa 7 minggu, kami didedahkan dengan pelbagai process dan cara-cara membina aplikasi Android, langkah demi langkah. Dari “paper prototyping” sampai lah ke “material design”, banyak tips yang dikongsi oleh tenaga pengajar.

Nasib baik budak-budak kelas aku rajin bertanya. Lepas ni boleh la acah-acah nak buka kelas sendiri. Hahaha.

Tiap-tiap minggu juga la aku ulang-alik dari KLCC ke Cyberjaya dengan menaiki Skyline aku. Mujur ada SYM (Skyline Yang Mencelah), boleh la elak kesesatan lalulintas di sekitar KLCC. Rekod terbaik aku setakat ni adalah 30 minit dari KLCC ke MaGIC. Hehehe.

Magic Android Course

Jadi, ada soalan ke?

One Reply to “Pengalaman Sertai Kursus Android Mobile Dev MaGIC”

Comments are closed.