Review Helmet CRG ATV 1 (Simpson Bandit)

CRG ATV 1

Selain daripada beli helmet, aku juga ada membeli visor tambahan jenis “chrome”. Jadi terus la tukar visor standard jenis “clear” kepada “chrome”. Warna matte black + visor chrome = Stylo. Makin bertambah la darjah ke-kacak-an aku ni. *sila muntah*

Walaupun CRG ATV 1 ni helmet jenis muka penuh, tapi bunyi bising dari luar masih kedengaran sedikit. Setakat ni aku cuma pakai untuk ke pejabat je, “ride” dalam bandar. So far so good.

Untuk yang berminat nak beli helmet CRG ATV 1 ni, boleh usha website The Beijing Shop. Kalau korang rasa tak nak order terus dari kilang, boleh cuba cari di kedai-kedai motor berdekatan yang mungkin ada import helmet ni.