Servis Format Laptop COD Wangsa Maju

hard drive

Aku baru je menceburkan diri dalam industri ni. Tak pernah dengar lagi kan servis format laptop secara COD? Konsepnya mudah, pergi ke tempat client, format laptop/PC, kemudian dapat bayaran.

Aku dapat idea ni bila mana ada seorang kawan ni minta tolong formatkan PC dia. Dan betul, kawan aku tu perempuan. #lol Jadi alang-alang aku dah merajinkan diri format PC dia, boleh la cuba bagi servis format laptop atau PC ni kat orang lain jugak.

Format laptop ni bukan la susah sangat. Tutorial cara nak format laptop pun banyak di Youtube. Boleh google sendiri. Tapi memang susah kalau tuan PC sendiri tak mahir dengan PC sendiri.

Ada pelbagai cara nak format laptop/PC ni. Mengikut pengalaman aku yang dah format dua (2) PC dalam sebulan ni, ada yang tak boleh nak format pakai bootable thumbdrive la, kena pakai CD la, virtual drive la. Macam-macam.

Jadi kalau korang nak servis yang cepat dan taknak pening kepala lagi, rasa laptop tu dah macam kura-kura je, boleh cuba hubungi aku. Nanti aku bagi diskaun istimewa. Hehehe.

Aku tak nafikan yang kawasan rumah aku ni bersepah kedai repair komputer. Tapi aku yakin servis aku ni memberikan lebih nilai untuk duit korang.

P/s: Kene letak testimoni ni baru nampak power, ye dok?