Cara Follow Up Claim AIA Semudah ABC!

Macam mana cara yang senang untuk follow up status claim AIA anda (contohnya)? Kontek AIA la. Hehehe.

Tapi, untuk memudahkan korang semua, aku nak kongsikan pengalaman aku follow up status claim AIA aku tu. Aku claim dengan mengisi borang dan hantar melalui perkhidmatan pos dalaman syarikat. Syarikat tempat aku bekerja sekarang menawarkan insurans AIA untuk staff.

Korang boleh hubungi nombor yang tertera di belakang kad AIA. Di belakang kad aku tertera nombor seperti: 1-300-8888-60/70. Aku hubungi nombor ni dan kira-kira 5 minit kemudian lepas bercakap dengan mesin, baru la dapat nombor telefon bahagian yang menguruskan claim ni. Continue reading “Cara Follow Up Claim AIA Semudah ABC!”

Guna Xiaomi Yi sebagai Dash Cam versi Bajet

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku menggunakan kamera aksi Xiaomi Yi sebagai dashboard camera atau dash cam versi bajet. Kepada anda yang tak tahu apa itu Xiaomi Yi, Xiaomi Yi merupakan sebuah kamera aksi seperti GoPro, SJ4000, RD990 dan lain-lain kamera yang terdapat di pasaran.

Kenapa guna Xiaomi Yi sebagai dash cam?

Dah aku ada kamera ni, pakai je lah. Tak payah nak membazir sangat beli kamera banyak-banyak. Lebih-lebih lagi sekarang kan musim gawat. Kan berjimat amalan mulia. Gitewwww.

Jadi dengan adanya Xiaomi Yi sebagai dash cam, aku boleh la rekod perjalanan semasa memandu kereta. Kot-kot ada kejadian jenayah ke, ada kemalangan ke, ada orang romen dalam kereta depan ke, apa-apa lah yang berlaku depan mata, boleh la jadikan bahan bukti. Hehehe. Continue reading “Guna Xiaomi Yi sebagai Dash Cam versi Bajet”

Review Jaket Komine JK-069 Air Stream

Minggu lepas aku berkesempatan untuk membeli jaket khas; Komine JK-069 Air Stream untuk dipakai semasa menunggang Demak Skyline 200. Dah beli motor kena la beli aksesori seperti jaket, sarung tangan dan sebagainya.

Baru rasa macam selamat sikit. Hehehe.

Untuk korang yang terlepas cerita misi mencari Demak Skyline 200 murah di kawasan sekitar Setapak atau Jalan Genting Klang, boleh rujuk di sini. Ada video 1080p dengan 60fps yang dirakam menggunakan kamera aksi Xiaomi Yi. Boleh edit untuk buat efek slow-mo. Hahaha.

Berbalik kepada jaket Komine JK-069 Air Stream tadi. Continue reading “Review Jaket Komine JK-069 Air Stream”