Pengalaman Pertama Menggunakan Mi Band 2 Murah

Aku dah mula menggunakan Mi Band 2 ni sejak awal bulan Disember hari tu. Kalau korang usha Lazada masa BlackFriday ke, Sale 12.12 ke, mungkin jumpa Mi Band 2 semurah RM80++.

Aku beli dalam RM109. Kalau beli dari Official Mi Store dekat Lazada, harga lebih kurang RM128. Jadi jimat juga la kalau korang beli masa sale. Sekarang ni pun masih ada juga penjual yang menjual Mi Band 2 murah-murah.

Tips beli Mi Band 2 murah? Kena pandai cari di 11Street atau Lazada je. Hehe. Continue reading “Pengalaman Pertama Menggunakan Mi Band 2 Murah”

#MotoVlog Pergi Kerja Balik Kerja

Aku tengok banyak post #motovlog dalam Youtube, jadi aku pun nak cuba jugak la. Hehehe. Dengan menggunakan Demak Skyline dan kamera Xiaomi Yi, aku pun cuba shoot dari Wangsa Maju ke KLCC.

Ada banyak tempat untuk pasang kamera seperti atas helmet, tepi helmet, tengah dada, handle motor, tapi aku memilih untuk pasang kamera dengan dagu helmet. Nasib baik la ada helmet fullface.

Aku rasa macam lagi sesuai la kot sebab kalau atas helmet nampak macam tinggi sangat. Kalau tepi nanti nampak helmet pulak. Jadi dagu helmet mungkin pilihan yang terbaik. Continue reading “#MotoVlog Pergi Kerja Balik Kerja”