5 VPS Hosting Murah Malaysia 2018

vps hosting murah malaysia

VPS Hosting sememangnya lebih mahal daripada web hosting biasa (Shared Hosting). Jadi kali ini aku akan senaraikan 5 VPS Hosting murah Malaysia (boleh jadi termurah) untuk rujukan aku dan korang semua. Rujuk sini kalau nak lihat 5 web hosting murah Malaysia.

Apa itu VPS Hosting?

Mungkin ada yang tak biasa dengan VPS hosting ni. Sebab aku takut lost-in-translation dalam nak huraikan dalam bahasa melayu, aku kepilkan sedikit artikel daripada Inmotion Hosting yang berbunyi:

VPS hosting is a Virtual Private Server, and is a virtualized server. A VPS hosting environment mimics a dedicated server within a shared hosting environment. It is technically both shared hosting and dedicated hosting.

Untuk lebih jelas, boleh lihat perbandingan secara ringkas dalam bentuk gambar di bawah. 

vps hosting murah malaysia pisyek

Kelebihan VPS Hosting berbanding Shared Hosting

Selain daripada harganya yang lebih mahal, VPS Hosting sememangnya mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan Shared Hosting seperti:

#1 Lebih privasi dan selamat*

#2 Kawalan mutlak

#3 Mudah untuk di-customize

*bergantung kepada orang yang menguruskan VPS tersebut 

6 Replies to “5 VPS Hosting Murah Malaysia 2018”

  1. saya nak upgrade hosting yang lebih power supaya lebih laju..

    setakat ini trafik blog saya masih slow namun risau jika peningkatan sangat mendadak kesan dari permainan SEO 2018

    boleh bagi cadangan

    1. Banyak aspek yang perlu diambil kira dalam meningkatkan prestasi blog terutamanya blog berasaskan WordPress.

      “..lebih power supaya lebih laju..” ini mungkin tidak tepat untuk semua situasi.

      Cadangan saya kalau nak pilih hosting, pilih yang paling dekat dengan majoriti pengguna website tuan supaya latency dapat dikurangkan.

      Jadi pengguna dapat akses kepada website dengan lebih pantas. 🙂

  2. Technically saya masih kurang arif berkenaan beberapa perkara.
    Saya tak pasti samada pemilihan hosting juga mempengaruhi nilai sesebuah blog?

    1. Nilai website bergantung kepada siapa yang menilainya.

      Tapi website yang bernilai ni selalunya banyak trafik/pengguna dan sememangnya memerlukan hosting yang bagus untuk tampung jumlah pengguna yang ramai.

      Kalau guna servis cap ayam, result cap ayam jugak la yang kita dapat. 😀

  3. Jika tidak silap baru2 ni Cloudcone antara provider VPS di luar Malaysia yng agak berbaloi juga…antara feature terbaik boleh customize keperluan kita cth 3GB VPS dlm lingkungan USD 8.00..

    Antara kelebihan lain VPS ini ialah kita boleh customize server kita samada menggunakan module Pagespeed yg boleh lajukan lagi blog kita…menggunakan lebihan RAM utk simpan cache dll..dimana lebih pantas dari menyimpan di SSD

    Cloudcone menggunakan ADNS..membantu loading blog juga..huhu

Comments are closed.