Bengkel Asas WordPress dan VPS – Siri 1

bengkel asas wordpress vps

Kali ni aku nak kongsikan pasal Bengkel Asas WordPress dan VPS yang dianjurkan oleh Pisyek.com pada hari ini. Bagus Pisyek.com ni buat kelas masa cuti sekolah. Senang orang nak join. Hahaha.

Bengkel ni pada awalnya memang dah dirancang awal tapi aku tak tahu kenapa aku buat promosi di saat-saat akhir (kurang seminggu sebelum tarikh bengkel). Nasib baik ada juga yang sudi daftar dan datang. Terima kasih kepada para peserta yang join pada hari ini.

Terima kasih kepada ahli-ahli group FB Kedai Kopi WordPress (KKWP) sebab banyak menyokong bengkel ni. Terima kasih juga kepada para admin sebab bagi aku iklankan bengkel ni dalam KKWP. Hehehe. 

Apa yang menarik dalam Bengkel Asas WordPress ni?

Hasil daripada menyertai bengkel ini, antara kelebihan dan skill yang akan peserta perolehi adalah:

  • Boleh bina laman web menggunakan WordPress secara localhost,
  • Mempunyai VPS Hosting sendiri,
  • Boleh pasang sendiri server di VPS Hosting, dan
  • Boleh pasang sendiri laman web menggunakan WordPress di VPS Hosting

Dan sebenarnya aku pun dah buat beberapa persiapan dalam penyediaan modul sebagai alat bantuan mengajar seperti:

  • Panduan bina laman web WordPress secara localhost
  • Panduan beli VPS Hosting
  • Panduan asas Linux
  • Panduan pasang server (LEMP)
  • Panduan pasang WordPress di VPS Hosting

Dah macam cikgu pula aku rasa bila buat alat bantuan mengajar bagai ni. Hahahaha.

Kenapa buat Bengkel Asas WordPress?

Kenapa tidak? Kenapa tak kelas advance? Bukan tak nak buat kelas advance, tapi ada ramai lagi yang masih tercari-cari arah dalam membina laman web WordPress ni. Kalau dah pro pun tak salah nak join balik bengkel asas ni. Hehehe.

bengkel asas wordpress vps

Peserta bengkel kali ini terdiri daripada individu yang berpengalaman dan tiada pengalaman langsung dalam menggunakan WordPress dan web hosting. Jadi tadi pun banyak perkongsian dan perbincangan kami berkenaan web hosting ni. 

13 Replies to “Bengkel Asas WordPress dan VPS – Siri 1”

    1. Boleh sangat tu tuan. Seperti yang dah Pisyek update di perenggan terakhir, next session adalah 20 Jan ni.

      Kalau berkelapangan boleh la join. Yuran RM100 je.

      Hehehe.

  1. Hi pisyek.

    Akak la tu yg msih tercari2 arah dlm dunia wordpress.. harap2 tahun ni ada rezeki nak join kelas

    1. Hi Sis,

      Seperti yang tertulis dalam blog post di atas, sesi berikutnya akan dijalankan pada 20 Jan 2018.

      Masih ada tempat lagi kalau nak daftar. 🙂

    1. Seperti yang tertulis dalam blog post di atas, sesi berikutnya akan dijalankan pada 20 Jan 2018.

      Yuran rm100 sahaja. 😀

  2. terbaik 🙂
    In Sha Allah pasti ramai dapat manfaat nanti
    semoga terus berjaya dan berbakti buat semua

    1. Terima kasih kerana melawat blog saya.

      Jangan lupa kongsi blog ni dengan rakan-rakan facebook anda. 🙂

Comments are closed.