Pengalaman Pertama Berurusan di SSM Shah Alam

Share this article

Apakah itu SSM? SSM yang dimaksudkan disini adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Minggu lepas aku berkesempatan ke pejabat SSM Shah Alam untuk proses kemaskini dan pembaharuan pendaftaran perniagaan.

SSM merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan penguatkuasaan ke atas beberapa perkara seperti Akta Syarikat, Akta Pendaftaran Perniagaan, Akta Syarikat Amanah, dan lain-lain. Boleh rujuk maklumat lanjut di laman web SSM.

Perjalanan dari rumah aku ke SSM Shah Alam cuma mengambil masa selama 20 minit sahaja. Dan aku berjaya mendapat nombor giliran berangka “1005”. Waktu operasi pejabat SSM Shah Alam ni tak silap aku bermula dari jam 8.15 pagi.

Jadi korang boleh la datang sini dulu kalau nak berurusan sebelum pergi kerja. Aku sarankan korang pergi awal pagi sebab kalau lambat orang memang ramai. Hari yang aku pergi tu masa aku nak keluar nombor giliran dah dekat 30.

Ruang menunggu dan kerusi banyak disediakan tapi kalau orang dah ramai, ada yang kena berdiri jugak la.

Selepas berurusan di kaunter untuk proses kemaskini dan perbaharui lesen perniagaan, korang kene tunggu SSM untuk cetak maklumat dan lesen perniagaan yang baru. Hari tu aku terpaksa menunggu dalam 30 minit. Hairan juga kenapa lama kan?

Kalau korang setakat nak perbaharui lesen perniagaan, terdapat kiosk layan diri di situ. Jadi boleh guna terus kiosk layan diri tanpa perlu berurusan di kaunter. Aku ada terbaca juga urusan perbaharui lesen perniagaan ni boleh buat online, tapi untuk pengaktifan akaun online, korang kene pergi ke kaunter terlebih dahulu buat kali pertama untuk pengesahan.

Mungkin lain kali aku boleh cuba di kiosk atau online sahaja. Sekian sahaja perkongsian tentang SSM untuk kali ini. Secara keseluruhan, aku bagi 4 bintang! Hehe.

3 thoughts on “Pengalaman Pertama Berurusan di SSM Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *