Webinar DIY Website Dot Com Starter Pack

Share this article

Apa yang anda akan dapat diakhir webinar percuma daripada Pisyek ni?

Diakhir webinar ini, anda akan mempunyai satu website dot com dengan nama domain pilihan anda sendiri. Sepanjang webinar berlangsung, anda akan diberikan panduan langkah demi langkah bagaimana membina web dengan kos yang paling minima.

Apa yang perlu anda sediakan sebelum menyertai Webinar DIY Website Dot Com Starter Pack ni?

1 – Talian internet yang stabil. Dah nama pun webinar kan?

2 – Laptop/komputer yang sesuai. Pastikan laptop anda menyokong penggunaan perisian Teamviewer (rujuk point #3) dan pelayar web (chrome/firefox) secara serentak tanpa menyebabkan sela-masa (lag) pada laptop/komputer anda.

3 – Teamviewer. Pastikan anda telah mendaftar dan memasang perisian ini pada laptop/komputer anda. Pisyek akan menggunakan platform ini ketika webinar berlangsung nanti. Perisian ini adalah percuma untuk kegunaan persendirian. Sila download dan install.

4 – Akaun perbankan online yang berduit. Akaun perbankan online diperlukan bagi membolehkan anda membuat pembelian domain dan hosting ketika webinar berlangsung (bajet: sekurang-kurangnya RM80).

Ada sebarang persoalan lain?

2 thoughts on “Webinar DIY Website Dot Com Starter Pack”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *