Cara Mudah Port-In ke UMobile Prepaid

Kalau korang tertanya-tanya macam mana nak port-in ke UMobile prepaid dari line postpaid/prepaid, sila baca sampai habis.

Semalam aku request port-out dari Yoodo ke UMobile. Pagi hari ni dah selesai urusan port-in ke UMobile. Memang pantas!

Aku sebelum ni guna Yoodo. Tapi sebab line coverage Yoodo sangat teruk, aku memilih untuk port-out ke UMobile sebab dorang support Wifi Calling; korang boleh buat panggilan suara dengan hanya menggunakan Wifi.

Cara-cara macam mana aku port-in ke UMobile prepaid:

#1 Beli pack UMobile prepaid

Kedai dekat rumah aku jual 1 sim RM10. Dalam tu ada kredit sebanyak RM6.

#2 Activate sim UMobile

Aku guna android, jadi aku download app UMobile dari Google Play Store dan ikut je arahan dari aplikasi UMobile tu. Scan sim, ambil gambar IC, dan selfie. Sim akan terus activated.

#3 Apply port-in melalui website UMobile

Korang boleh ke website UMobile untuk request. Aku request semalam, pagi ni dah setel. Jadi aku masih lagi guna nombor yang sama dari Yoodo ke UMobile.

Jadi sekarang aku pakai plan UMobile yang mana satu?

Untuk plan prabayar/prepaid, UMobile ada dua sahaja; U25 (RM25) dan U35 (RM35). Tapi U25 ni ada promo sekarang. Jadi aku cuma perlu bayar RM20/bulan sahaja.

Untuk U25 ni, korang boleh dapat unlimited data dan call, cuma ada speed cap 3Mbps je. Kalau setakat nak stream HD (720p) tu takde masalah sangat.

Update:

Aku cek balik website Yoodo, katanya Yoodo juga support Wifi Calling ni, atau VoWifi (Voice over WiFi). Tapi mungkin sebab device aku tak masuk dalam list supported device Yoodo (Redmi Note 8), takde la option WiFi Calling.