Pengalaman Berjimba Bersama Laravens di Laratalks #2

laravel

Pada Khamis yang lalu, aku berkesempatan menyertai sesi sembang Laravel yang dianjurkan oleh Laravens bertempat di pejabat KERN Technology, Damansara. Meriah betul sesi sembang Laravel ni.

Apa yang menarik?

laratalks-pisyek-02

Laratalks tersebut merupakan penganjuran kali yang kedua. Kali pertama dulu aku tak sempat nak join. Nasib baik yang kedua ni diberikan kesempatan oleh yang Maha Esa untuk join. LOL. Tiga penceramah telah dijemput untuk berkongsi mengenai Laravel. Continue reading “Pengalaman Berjimba Bersama Laravens di Laratalks #2”

Pengalaman Pertama Mendaki Bukit Kiara

Hari sabtu yang lalu, aku dan Syafiq dan seorang lagi kawan beliau telah merajinkan diri untuk mendaki Bukit Kiara. Bukit Kiara ni terletak dekat Petaling Jaya. Korang boleh “Waze” Taman Lembah Kiara, Jalan Abang Haji Openg.

Oleh kerana kitorang bertiga memang tak pernah mendaki Bukit Kiara ni, macam “blur-blur” jugak la bila sampai ke kawasan rekreasi Taman Lembah Kiara tu. Tak tahu mana pintu masuk untuk mendaki Bukit Kiara. Nasib baik Syafiq ni rajin bertanya. Takde la kitorang sesat. Hehehe.

Trek pendakian pada mulanya tidaklah begitu mencabar. Trek yang sama juga digunakan oleh pendaki yang berbasikal. Ramai juga yang naik basikal di sekitar kawasan mendaki. Aku rasa lebih 10 orang yang aku jumpa hari tu. Continue reading “Pengalaman Pertama Mendaki Bukit Kiara”