Pengalaman Pertama Buka Akaun Syarikat Maybank

Salam sejahtera semua. Kali ni aku nak berkongsi sikit pasal tips dan pengalaman aku dalam proses membuka akaun perniagaan atau akaun syarikat Maybank. Alhamdulillah, aku baru je berjaya buka akaun hari Isnin lepas setelah lebih kurang dua minggu berurusan dengan pihak bank.

Memang banyak betul dugaannya. Hanya Allah dah rasulnya je yang tahu kepedihan di hati ini ketika dalam proses pembukaan akaun ni. Pernah korang ulang-alik ke bank lebih dari 5 kali atas tujuan yang sama? Ha, ini yang aku nak kongsikan supaya korang semua takde la pengalaman ngeri bila berurusan dengan bank untuk buka akaun syarikat di masa akan datang.

Sebelum buka akaun, aku memang dah buat homework sikit. Tanya rakan yang pernah buat. Lepas tu cari tips di internet dan sebagainya dengan harapan dapat mempercepatkan proses untuk aku buka akaun syarikat/pernigaaan di Maybank. Continue reading Pengalaman Pertama Buka Akaun Syarikat Maybank

Pengalaman Pertama Berurusan di SSM Shah Alam

Apakah itu SSM? SSM yang dimaksudkan disini adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Minggu lepas aku berkesempatan ke pejabat SSM Shah Alam untuk proses kemaskini dan pembaharuan pendaftaran perniagaan.

SSM merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan penguatkuasaan ke atas beberapa perkara seperti Akta Syarikat, Akta Pendaftaran Perniagaan, Akta Syarikat Amanah, dan lain-lain. Boleh rujuk maklumat lanjut di laman web SSM.

Perjalanan dari rumah aku ke SSM Shah Alam cuma mengambil masa selama 20 minit sahaja. Dan aku berjaya mendapat nombor giliran berangka “1005”. Waktu operasi pejabat SSM Shah Alam ni tak silap aku bermula dari jam 8.15 pagi. Continue reading Pengalaman Pertama Berurusan di SSM Shah Alam

Webinar DIY Website Dot Com Starter Pack

Salam 1Malaysia. Semalam Pisyek buat kajian ringkas di Facebook dan ternyata ramai juga yang berminat nak belajar bagaimana cara untuk setup website dot com sendiri. Jadi Pisyek dengan berbesar hati ingin menganjurkan satu webinar percuma untuk tujuan ini.

Bila webinar ini akan berlangsung?

Tarikh: 5 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa: 9.00pm – 11.00pm

Jika anda berminat, boleh gunakan borang dibawah untuk mendaftar.

Emel pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat emel anda untuk tujuan pengesahan. Sila periksa spambox emel anda jika tiada emel diterima dalam inbox.

Proses pendaftaran hanya dikira sah setelah anda mengesahkan emel anda.

Jika anda mempunyai tarikh dan masa cadangan lain, boleh tinggalkan komen di bawah atau hubungi Pisyek di Facebook.  Continue reading Webinar DIY Website Dot Com Starter Pack

How to Implement DataTables Ajax with Laravel 5

I’m writing a Laravel Inventory Management system tutorial right now.  I still unable to publish it yet. So, I decided to publish a short tutorial on how to implement Datatables Ajax with Laravel 5.

In my opinion, Datatables is really a good jQuery plugin compared to a normal table because you can do sorting and searching within the table without hassle. I also use Datatables in some of my previous project such as Room Booking System.

So here I will demonstrate on how to implement Datatables with Ajax data into your Laravel 5 application by creating a simple Contact Book application. Download link available at the end of this tutorial.

At the end of this tutorial, you may have something like this:

Continue reading How to Implement DataTables Ajax with Laravel 5

Sepetang Bersama Blogger 2017

Semalam, 13 Mei 2017, Pisyek berkesempatan ke majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2017 yang diadakan di mini auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur. Tentatif majlis sebenarnya bermula dari jam 2 petang sehingga 10.00 malam, tapi Pisyek cuma berkesempatan untuk menyertainya hanya untuk sesi petang sahaja.

Untuk makluman korang yang tak pernah dengar pasal SBB ni, 2017 merupakan penganjuran kali yang ke 6 dah. Pisyek pun takde la tiap-tiap tahun datang ke majlis SBB ni. Tapi yang pasti, bukan sahaja blogger Malaysia yang datang, dari Singapura dan Indonesia juga turut hadir ke SBB 2017 ni!

Apa yang menarik di Sepetang Bersama Blogger 2017Continue reading Sepetang Bersama Blogger 2017