Pengalaman Ambil Kursus HRD Corp Train-The-Trainer Certification

HRD Corp TTT Certified Trainer

Alhamdulillah, Pisyek berkesempatan untuk menyertai kursus HRD Corp Train-The-Trainer Certification pada 16 Okt – 20 Okt 2021. Selepas berjaya menghabiskan kursus dan penilaian HRD Corp Train-The-Trainer ni, Pisyek sekarang dah bergelar HRD Corp Certified Trainer! (ha tepuk!)

Apa itu Jurulatih (Trainer) ?

Seorang jurulatih / trainer adalah individu yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran individu yang lain melalui kaedah pendidikan.

Ha, kalau korang pergi training, tapi kemahiran masih di takat yang sama, ada yang tak kena la tu. Hehehe.

Dengan menyertai kursus HRD Corp TTT Certification ni, korang akan dapat:

  • Faham teori dan konsep berkaitan pembelajaran orang dewasa
  • Merancang dan melaksanakan Training Need Analysis
  • Membangunkan program latihan berasaskan kompetensi
  • Menyampaikan sesi latihan yang berkesan
  • Merancang untuk penilaian pengekalan pembelajaran

Jadi amat disarankan kepada anda sebagai Jurulatih / Trainer untuk datang ke program HRD Corp Train-The-Trainer (TTT) ni.

Training provider untuk kursus TTT yang Pisyek pergi adalah dari Access Ideas (M) Sdn Bhd. Lead Trainer adalah En. Ahmad Fauzan Othman. Memang sempoi habis!

Hari pertama kursus HRD Corp Train-The-Trainer Certification

En. Fauzan ni banyak membuat perkongsian mengenai pengalaman beliau sepanjang menjadi seorang trainer. Selain daripada trainer-trainer yang selalu buat training, sesi training tersebut juga disertai oleh individu dari pelbagai latar belakang.

Antaranya, bekas ketua jabatan dari PETRONAS (pesara), Dekan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dan juga usahawan-usahawan dari pelbagai industri.

Memang best bila dengar perkongsian dari peserta-peserta yang jauh lebih banyak pengalaman berbanding Pisyek ni.

Cara Mudah Lulus HRD Corp Train-The-Trainer Certification Course Assessment

Untuk ditabalkan sebagai HRD Corp TTT Certified Trainer, anda perlu terlebih dahulu lulus satu penilaian di akhir kursus TTT ini.

Penilaiannya adalah para peserta perlu membuat 15 minit mock-up training dengan menggunakan segala modul dan teknik yang telah diajar sepanjang kursus ini.

Sebelum datang ke kursus ni, Pisyek dah tau pasal penilaian tersebut, dan dah merancang nak buat training pasal Docker. Hehe.

Tapi bila tengok audience, rasa macam topik Docker ni terlalu teknikal. Jadi Pisyek buat la topik yang lebih praktikal; Pisyek ajar Cara Buat Virtual Tour atau Virtual Tour 101.

Pisyek masa final presentation / mock-up training

Alhamdulillah topik ni mendapat sambutan dari peserta-peserta kursus yang lain. Menurut En. Fauzan, takde lagi orang yang buat topik macam ni sepanjang beliau jadi trainer untuk kursus TTT.

Korang jangan ingat buat mock-up training ni senang. Sebab mengikut apa yang dikongsikan oleh En Fauzan, ada juga peserta yang gagal dalam sesi beliau yang lepas-lepas.

Alhamdulillah, batch kami ni semua lulus! Hehehe.

Guna kamera Insta360 One R dan Theta Z1 sebagai prop

Antara topik-topik lain yang dibentangkan adalah:

  1. ASB Financing
  2. Penyakit kerosakan buah pinggang
  3. Coach vs Mentor
  4. SWOT Analysis
  5. Branding
  6. ISO – International Standardization for Organization
  7. Safety
  8. Epoxy
  9. Pengacaraan
  10. 6 thinking hats

Kalau korang perlukan HRD Corp Train-The-Trainer Certified Trainer dalam bidang IT / Web Development, boleh terus roger Pisyek. Klik sini untuk whatsapp.