Pengalaman Port-Out ke Yoodo – Powered by Celcom

port out yoodo

Mudah je nak port-out ke Yoodo ni sebenarnya. Kalau nak tau macam mana pengalaman Pisyek port-out ke Yoodo, sila baca sampai habis.

Yoodo adalah salah satu penyedia servis telefon yang tidak asing lagi di Malaysia ni. Yoodo guna line yang sama dengan Celcom. Jadi coverage Yoodo ni kiranya seluas Celcom la. Sepatutnya di mana ada Celcom, di situ ada Yoodo.

Apa kelebihan Yoodo ni?

Yoodo terkenal dengan pakej yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna. Kalau nak data lebih dan panggilan kurang, atau sebaliknya, semua boleh di set dengan mudah melalui aplikasi Yoodo.

Aku baru nak cuba Yoodo ni setelah pakej istimewa bersama Celcom telah pun tamat.

Jadi aku tempah sim dekat web Yoodo pada 4 Julai 2021. Dan 7 Julai 2021 pos laju hantar ke rumah.

Sepatutnya dalam aplikasi Yoodo ni kita boleh track pasal postage sim yang ditempah. Tapi aku tengok status tak pernah dikemaskini.

Aku pasang aplikasi Yoodo di telefon Redmi Note 8 selepas membuat tempahan sim telefon di laman web. Bila dah dapat sim, korang boleh guna aplikasi Yoodo untuk meng-aktif-kan sim tersebut. Cuma perlu masukkan nombor sim, ambil gambar IC dan selfie.

Satu SMS pengesahan akan dihantar kepada anda untuk tujuan pengesahan port-out.

Akhirnya 8 Julai 2021 proses port-out aku ni selesai. Mudah kan? Kalau nak port-out ke Yoodo, korang boleh masukkan referral code berikut untuk dapatkan 7Gb percuma!

Yoodo referral code

How to Enable Call Recording in Redmi Note 8 Malaysia

redmi note 8

I recently purchased a new mobile phone; Redmi Note 8 and to my understanding, there are few versions of Redmi Note 8 which has no call recording feature by default, including my new phone.

I’ve tried a few best call recording app for android but the recordings are unsatisfactory compared to my previous Redmi 6.

The Redmi Note 8 global version uses the Google Phone app as a call dialer by default. To enable the call recording feature in Redmi Note 8, just follow these steps.

Continue reading “How to Enable Call Recording in Redmi Note 8 Malaysia”