Pengalaman Pertama Port-In ke Tune Talk dari Celcom

Tune Talk Online Plan +Vibe

Semalam aku dah berjaya port-in ke Tune Talk dari Celcom. Jadi aku ingat nak celebrate la dengan kongsikan pengalaman berharga aku ni dengan korang semua. Kalau korang nak tahu cara mudah untuk port-in ke Tune Talk, teruskan pembacaan.

Dalam usaha aku menurunkan perbelanjaan bulanan, antara bil yang aku rasa boleh kurangkan adalah bil telefon. Jadi aku dah buat sedikit analisis dari minggu lepas, aku rasa Tune Talk menawarkan pelan yang lebih murah berbanding pelan yang aku guna di Celcom.

Di Celcom, aku menggunakan pelan First Blue II, dengan caj bulanan sebanyak RM47.70. Melalui First Blue II ni, aku dapat 50 minit panggilan, 50 SMS, 2GB Internet + 2GB Weekend Internet. Pakej ini kemudiannya mendapat naik taraf 5GB Internet + 5GB Weekend Internet. Continue reading “Pengalaman Pertama Port-In ke Tune Talk dari Celcom”