Cara Daftar Akaun Syarikat CIMB Secara Online

online business cimb account

Nak buka akaun syarikat/perniagaan CIMB tanpa introducer? Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk daftar akaun perniagaan CIMB secara online atau buka online business current account.

Kalau korang walk-in macam yang aku kongsikan buka akaun syarikat CIMB dahulu, nak buka akaun syarikat/perniagaan ni agak leceh sikit sebab perlukan introducer. Tapi kini anda boleh buat secara online sahaja!

Kenapa perlu buka secara online? Sebab ia lebih cepat, menjimatkan kos, selamat, dan sangat mudah. Ikut sahaja langkah berikut.

Tapi sebelum itu, berapa deposit yang diperlukan? Pada saat Pisyek menulis artikel ini, deposit yang diperlukan adalah RM1,000 sahaja. Anda boleh mengeluarkan kembali deposit ini.

Tetapi harus anda ingat, jika baki purata dalam akaun anda kurang daripada RM1,000 anda akan dikenakan caj RM10 (half-year service). Boleh rujuk senarai fee yang dikenakan di laman web CIMB.

Business atau perniagaan macam mana yang boleh buka akaun online ni? Semua orang boleh buka kecuali;

  • Kelab dan persatuan
  • Badan kerajaan
  • Badan pengurusan bersama
  • Sekolah dan kolej swasta
  • Firma profesional
  • Badan berkanun

Jadi kalau business korang tu berniaga barang online melalui shopee, lazada atau website sendiri (whatsapp pisyek untuk tempah web e-commerce), boleh sangat lah untuk daftar akaun syarikat CIMB ni secara online.

Macam mana nak daftar CIMB online business account ni?

Mudah sahaja. Anda cuma perlu klik di sini untuk ke website CIMB. Klik pada butang APPLY. Kemudian ikuti langkah-langkah yang diminta di laman web CIMB.

Ambil perhatian bahawa permohonan hanya boleh dibuat pada waktu pejabat sahaja (8.30 pagi ke 6.00 petang) pada setiap Isnin sehingga Jumaat, kecuali cuti umum.

Pisyek doakan agar urusan korang dipermudahkan dan permohonan anda untuk daftar akaun perniagaan secara online lulus dengan jayanya. Jika korang ada pengalaman menarik untuk dikongsikan, boleh tulis di ruang komen di bawah.

One Reply to “Cara Daftar Akaun Syarikat CIMB Secara Online”

  1. Lepas daftar online, masa pergi ke bank tu kena bawak dokumen apa? Termasuk sekali tak bukti (shortscreen) yg kita bisnes apa and platform yang kita gunakan untuk berbisnes?terima kasih

Comments are closed.