Dah hampir 3 bulan sejak aku pakai Demak Skyline 200 ni. Bagi yang tak tahu, motor Demak Skyline 200 ni didatangkan dengan skrin paparan meter digital. Selain daripada odometer, penunjuk aras minyak dan lain-lain, ada jugak jam digital.
Jadi macam mana nak tetapkan jam dalam skrin motor Demak Skyline 200 korang kalau jam tu salah? Butang dekat menu ada dua je, butang MODE dan butang SET.
Cara-caranya adalah mudah sahaja.
- Tekan butang mode dan pilih odometer.
- Kemudian tekan butang mode untuk beberapa saat sehingga jam berkelip.
- Tekan butang set untuk tetapkan jam.
- Kemudian tekan butang mode untuk pilih minit.
- Tekan butang set untuk tetapkan minit.
- Dah siap semua, tekan butang mode untuk beberapa saat sehingga jam berhenti berkelip.
Dah Siap!