Storage HDD/SSD
Aku pada mulanya mati-mati ingat ada 2 slot untuk harddisk, tapi rupanya memang ada satu sahaja. Sebelah atas tu tempat letak kipas sebenarnya. Hahahaha. Jadi korang boleh la upgrade 1TB 5400RPM HDD ni kepada HDD yang lebih power atau SSD.
Mengikut pembacaan dan kajian aku, kalau pakai HDD ni laptop akan jadi lebih bising. Jadi aku sarankan korang tukar kepada SSD untuk prestasi yang lebih memuaskan. Boot pun lebih laju kalau pakai SSD. 😀
Laptop ni juga menyokong M.2 SSD. Jadi kalau rasa duit dah banyak sangat tak tau nak beli apa, boleh dapatkan M.2 SSD untuk laptop anda (mohon belanja satu untuk aku skali).
senang je rupanya, biasa saya upah orang je