Bengkel Bootstrap Studio di Bandar Baru Bangi

bootstrap

Aku berkesempatan untuk menyertai satu bengkel berkenaan Bootstrap Studio hari ini. Bootstrap Studio merupakan satu perisian dimana ia dapat memudahkan pengguna untuk merekacipta laman web.

Aku rasa ramai dah antara korang yang familiar pasal CSS framework yang bernama Bootstrap.

Jadi Bootstrap Studio ni boleh mempercepatkan proses membina laman web korang sebab ia ada fungsi drag-and-drop. Jadi takde la aku kene taip banyak-banyak kalau guna perisian ni. Hehehe. Continue reading “Bengkel Bootstrap Studio di Bandar Baru Bangi”

Pengalaman pertama beli bateri Xiaomi Yi murah di 11Street

xiaomi-yi-cam

Sebenarnya aku dah lama beli bateri ekstra untuk Xiaomi Yi aku ni. Beli di 11Street. Hehehe. Pada aku harga yang ditawarkan tu adalah berpatutan. Lagipun di sini ada banyak “seller”. Jadi kalau korang pilih yang murah dapat la murah. Hahaha.

Pada pengalaman aku sejak pakai kamera Xiaomi Yi ni, bateri boleh tahan dalam masa 1 jam jika digunakan untuk rakaman video 720p 60fps. Kan sekejap je tu. Jadi memang disarankan agar korang ada bateri ekstra.

Aku beli 2 bateri ekstra bersama 1 dual charger pada harga RM56. Continue reading “Pengalaman pertama beli bateri Xiaomi Yi murah di 11Street”

Statistik Trafik Pengguna Blog Pisyek untuk 2015

statistics

Selamat tahun baru semua!

Hari aku terasa macam nak kongsikan satu benda yang sangat dititik-beratkan oleh bloggers, iaitu trafik. Walaupun blog aku ni tak la popular seperti Amanz, Roti Kaya, Denaihati dan lain-lain, tapi aku nak kongsikan juga statistik untuk blog aku ni untuk 2015.

Sebelum aku meneruskan kepada laporan trafik, macam mana aku “track” kehadiran pengguna ke laman blog aku ni? Antara “tracker” yang terkenal dan banyak pengguna adalah Google Analytics dan AWStats.

Tapi sebab aku pening dengan dashboard Google Analytics, aku telah menggunakan StatCounter sebagai tracker. Servis StatCounter adalah percuma tapi dengan fungsi yang terhad. Ye la, dorang pun nak buat duit jugak. Hahaha. Continue reading “Statistik Trafik Pengguna Blog Pisyek untuk 2015”

Cara Follow Up Claim AIA Semudah ABC!

Macam mana cara yang senang untuk follow up status claim AIA anda (contohnya)? Kontek AIA la. Hehehe.

Tapi, untuk memudahkan korang semua, aku nak kongsikan pengalaman aku follow up status claim AIA aku tu. Aku claim dengan mengisi borang dan hantar melalui perkhidmatan pos dalaman syarikat. Syarikat tempat aku bekerja sekarang menawarkan insurans AIA untuk staff.

Korang boleh hubungi nombor yang tertera di belakang kad AIA. Di belakang kad aku tertera nombor seperti: 1-300-8888-60/70. Aku hubungi nombor ni dan kira-kira 5 minit kemudian lepas bercakap dengan mesin, baru la dapat nombor telefon bahagian yang menguruskan claim ni. Continue reading “Cara Follow Up Claim AIA Semudah ABC!”

Guna Xiaomi Yi sebagai Dash Cam versi Bajet

xiaomi-yi-cam

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku menggunakan kamera aksi Xiaomi Yi sebagai dashboard camera atau dash cam versi bajet. Kepada anda yang tak tahu apa itu Xiaomi Yi, Xiaomi Yi merupakan sebuah kamera aksi seperti GoPro, SJ4000, RD990 dan lain-lain kamera yang terdapat di pasaran.

Kenapa guna Xiaomi Yi sebagai dash cam?

Dah aku ada kamera ni, pakai je lah. Tak payah nak membazir sangat beli kamera banyak-banyak. Lebih-lebih lagi sekarang kan musim gawat. Kan berjimat amalan mulia. Gitewwww.

Jadi dengan adanya Xiaomi Yi sebagai dash cam, aku boleh la rekod perjalanan semasa memandu kereta. Kot-kot ada kejadian jenayah ke, ada kemalangan ke, ada orang romen dalam kereta depan ke, apa-apa lah yang berlaku depan mata, boleh la jadikan bahan bukti. Hehehe. Continue reading “Guna Xiaomi Yi sebagai Dash Cam versi Bajet”