Bengkel Bootstrap Studio di Bandar Baru Bangi

bootstrap

Aku berkesempatan untuk menyertai satu bengkel berkenaan Bootstrap Studio hari ini. Bootstrap Studio merupakan satu perisian dimana ia dapat memudahkan pengguna untuk merekacipta laman web.

Aku rasa ramai dah antara korang yang familiar pasal CSS framework yang bernama Bootstrap.

Jadi Bootstrap Studio ni boleh mempercepatkan proses membina laman web korang sebab ia ada fungsi drag-and-drop. Jadi takde la aku kene taip banyak-banyak kalau guna perisian ni. Hehehe.

Kelas bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, bermula jam 9 pagi, tapi aku sampai situ dalam 10.10 pagi sebab sesat. Naik superbike takde GPS macam ni la. Hahahaha. Jumlah perserta bengkel adalah seramai 6 orang termasuk aku. Ada seorang perempuan.

Tenaga pengajar-nya adalah Sifu Nasrul. Beliau selalunya akan buat pengumuman di laman Facebook JomWeb.

Dalam jam 1 tengahari, kelas pun habis. Walaupun sempat masuk kelas untuk 3 jam, tapi banyak juga info baru yang aku dapat belajar daripada bengkel Bootstrap Studio ni. Banyak tips dan sumber-sumber rujukan yang aku baru tahu contohnya Pinterest.

Sebelum ni persepsi aku pasal Pinterest leklek je. Hehehe.

Aku rasa setakat ni dulu perkongsian pasal bengkel ni. Jika ada yang nak “private tutoring” boleh contact aku laju-laju. Dalam post akan datang aku akan cuba kongsikan sedikit ouput hasil daripada pembelajaran hari ini.

One Reply to “Bengkel Bootstrap Studio di Bandar Baru Bangi”

Comments are closed.