Siapa yang tak pernah dapat panggilan dari penjual/ejen insurans angkat tangan? Rasa annoying gile kan bila dapat panggilan dari ejen insurans yang tak diundang ni.
Aku pernah dapat panggilan dari satu nombor ni. Aku angkat je dia letak. Angkat, letak. Angkat letak. Perangai macam harom. Disebabkan aku tak nak korang semua turut bengang macam aku, maka terhasillah entri pasal ejen insurans ni.
Hasil dari peng-google-an aku, antara nombor-nombor ejen insurans adalah seperti berikut:
- 0327263500
- 0320750200
- 0320550700
- 0327874200
- 0320750000
- 0320366888
Jangan salah faham. Aku bukan anti-insurans. Aku pun ada juga melanggan pelan insurans/takaful. Tapi, mungkin korang musykil kenapa korang selalu dapat panggilan annoying daripada penjual insurans.
Menurut Ariff Shah, selalunya akan ada klaus dalam perjanjian seperti pinjaman bank yang mengatakan pihak kedua dibenarkan untuk berkongsi maklumat anda seperti nombor telefon anda kepada pihak ketiga.
You consent to the Bank’s disclosure of your personal data (limited to your name and contact details) to organisations (in and outside Malaysia) which are in an arrangement or alliance with the Bank…
Klaus seperti ini mungkin terdapat dalam lain-lain perjanjian jika anda ada berurusan dengan pihak telco, bank, hotel, syarikat penerbangan dan lain-lain.
Senarai nombor di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kalau ada yang tersilap senarai, sila beritahu ye.