Macam mana Modem Unifi boleh rosak? Begini kisahnya.
Hari khamis yang lepas, hujan turun mencurah-curah kat kawasan rumah aku ni. Sekali-sekala diselangi dengan kilat dan guruh. Memang lebat weh. Masa tu aku baru je sampai di rumah setelah pulang dari Penang, hantar bini balik untuk berpantang kat kampung.
Agak-agak hujan macam dah reda, aku cuba pasang Unifi. Mula-mula memang ok. Tapi tiba-tiba, tiba-tiba tak ok. Hehehe. Modem Unifi aku kelihatan hanya lampu LED logo TM yang berkelip- kelip. Yang lain semua padam.
Jadi, semalam aku pun terus la call TM UNIFI Centre (1-300-881-221) untuk buat laporan. Hari ni ada dua staff TM datang.
“Dah agak dah modem rosak ni. Modem Unifi yang ni memang selalu rosak. Dah banyak kes dah.”
Dorang datang bawa satu modem baru warna putih (ZXDSL 931 DII). Modem daripada TM yang lama warna kelabu tu dorang ambil balik.
Untuk kepuasan dalam melayari internet, aku tengok banyak cadangan daripada netizen untuk menukar default router yang TM bagi tu kepada router yang lebih power, contohnya daripada Asus, Netgear, atau pun Linksys. Jadi kalau korang ada duit tu, mungkin boleh pertimbangkan cadangan ni la.
Nasib baik modem ni lifetime warranty. Hehehe.
blogging plak skang?rajin plak?haha
Aku memang rajin berblog pun. Lagi-lagi sejak ada Unifi. Hahaha.