Pengalaman Pertama Port-In ke Tune Talk dari Celcom

Tune Talk Online Plan +Vibe

Semalam aku dah berjaya port-in ke Tune Talk dari Celcom. Jadi aku ingat nak celebrate la dengan kongsikan pengalaman berharga aku ni dengan korang semua. Kalau korang nak tahu cara mudah untuk port-in ke Tune Talk, teruskan pembacaan.

Dalam usaha aku menurunkan perbelanjaan bulanan, antara bil yang aku rasa boleh kurangkan adalah bil telefon. Jadi aku dah buat sedikit analisis dari minggu lepas, aku rasa Tune Talk menawarkan pelan yang lebih murah berbanding pelan yang aku guna di Celcom.

Di Celcom, aku menggunakan pelan First Blue II, dengan caj bulanan sebanyak RM47.70. Melalui First Blue II ni, aku dapat 50 minit panggilan, 50 SMS, 2GB Internet + 2GB Weekend Internet. Pakej ini kemudiannya mendapat naik taraf 5GB Internet + 5GB Weekend Internet.

Setelah membuat kajian dan penelitian terhadap pelan-pelan telefon yang ada, aku tertarik dengan Tune Talk Online Plan +Vibe 30 dengan caj bulanan RM28.30 yang menawarkan:

  • 12GB/bulan
  • RM5 kredit
  • 40 minit panggilan (TuneTalk ke Tune Talk)
  • 40 minit panggilan (semua rangkaian)

And boleh lihat pelan Tune Talk di sini.

Jadi dengan berpindah ke Tune Talk, aku dapat penjimatan sekurang-kurangnya 37% daripada terus menggunakan Celcom dengan pelan yang sama.

Cara Mudah Port-in Ke Tune Talk

Jadi macam mana aku port-in? Cara paling mudah pada pandangan aku adalah dengan menggunakan app Tune Talk itu sendiri.

  1. Download app Tune Talk dari Play Store
  2. Request port-in melalui app. Order simkad baru melalui app Tune Talk.
  3. Korang kena pilih nombor untuk simkad baru dan ikut sahaja arahan yang tertera dalam app Tune Talk tu.
  4. SMS untuk pengesahan port-in akan dihantar ke nombor lama anda.
  5. Dalam masa 48 jam, nombor korang akan dipindahkan ke simkad baru.

Ikut pengalaman aku semalam, dalam 6 jam je dah selesai semua. Korang boleh tempah simkad baru dengan penghantaran pada hari yang sama. Aku order jam 1.00 pm, dalam 2.30pm hari yang sama terus dapat. Mudah kan?

Kalau korang dah port-in, nah tambah aku sebagai referrer. Boleh sama-sama dapat insentif. Sila scan imej atau masukkan nombor di bawah. Hehehe.

Tune Talk Referral

Kalau korang ada kisah port-in yang menarik untuk dikongsi, boleh tulis dalam komen di bawah.

20 Replies to “Pengalaman Pertama Port-In ke Tune Talk dari Celcom”

  1. Aku pun dah nak sebulan lebih pakai tunetalk. Bertukar dari umobile yang sangat anjing.haha.

    Walaupun tunetalk laju. Data cepat habis. Tapi kalau topup guna maybank2u under promotion. Ok sikit data dia. Haha

  2. Cuba explain process port-in in detail dari a-z. Sbb saya nk try port-in tp tak faham cara process ni

    1. Step detail dari A – Z dah ada atas sana.

      1. Step mana yang nak lagi detail?
      2. Dah sampai step mana?
      3. Apa masalahnya?

        1. Dorang bilang dapat benefit. Tapi saya tak sure benefit apa.

          Btw, saya dah port out ke Celcom balik sebab dapat offer lagi best: RM33, 20Gb, unlimited call.

          Hehehe.

    1. “…aku tertarik dengan Tune Talk Online Plan +Vibe 30 dengan caj bulanan RM28.30…”

      Plan ni rasanya dah discontinue sebab TuneTalk offer plan baru.

  3. Saya nak bertukar dari Celcom ke Tune.

    Dh buat segala urusan.Selepas seminggu. Sim Tune pun sampai. Tapi dpt nombor baru? Is it normal? Sbb aku request keep my number masa order online.

    Lepas tu aku pun buat la port in melalui Tune Apps dan buat confirmation dgn Celcom.Status pending.. so (1) aku kena pakai sim mana sementara menanti status ni active? Sbb nmbor lama ni penting utk urusan kerja.

    extra question. Aku dpt sim dgn nombor baru. Adakah port in tu maksudnya sim yg baru tadi tapi nombor guna yg lama?

    1. Situasi saya sama dgn tuan, saya baru dapat sim tune talk dan dia bagi nombor baru sdg kan saya requests kekal kan nombor lama.. skrg nombor tuan kekal lama atau baru? Dan mcm mna nak port in?

      1. Kalau follow betul steps dalam app Tune Talk, nanti akan dapat SMS ke nombor lama untuk confirmkan port out.

        Sim Tune Talk akan jadi nombor lama bila dah SMS confirm port out.

  4. Saya ada deal dgn agen tunetalk. Sy nak tukar telco dr celcom ke tunetalk. Dah beli simkad semua dengan dia. Tapi sy tak blh port in. Setiap kali request port in, mesti kne reject. Kenapa ya?

    1. Selalunya sebab ada tunggakan. Boleh call customer service untuk tanya terus apa masalah cik yang sebenarnya.

  5. Assalammualaikum bro .. aku baru guna tunetalk ni dan aku tak biasa lagi denganny .. so masalah skrg aku lggn M6 yg 28 ringgit tu untuk sbln .. dan kemarin aku nk down game jdi aku mls nk gna data M6 ni kan .. jadi aku lggn bru yang D300 300 mb 1 ringgit untuk 1 hari .. lps hbs data D300 ni kan aku nk la plan M6 aku balik sbb ye la sbln kan data pon byk lgi tpi xbole bro .. bole tlg aku x pls

Comments are closed.