Semalam aku request port-out dari Yoodo ke UMobile. Pagi hari ni dah selesai urusan port-in ke UMobile. Memang pantas!
Aku sebelum ni guna Yoodo. Tapi sebab line coverage Yoodo sangat teruk, aku memilih untuk port-out ke UMobile sebab dorang support Wifi Calling; korang boleh buat panggilan suara dengan hanya menggunakan Wifi.
Cara-cara macam mana aku port-in ke UMobile prepaid:
Yoodo adalah salah satu penyedia servis telefon yang tidak asing lagi di Malaysia ni. Yoodo guna line yang sama dengan Celcom. Jadi coverage Yoodo ni kiranya seluas Celcom la. Sepatutnya di mana ada Celcom, di situ ada Yoodo.
Apa kelebihan Yoodo ni?
Yoodo terkenal dengan pakej yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna. Kalau nak data lebih dan panggilan kurang, atau sebaliknya, semua boleh di set dengan mudah melalui aplikasi Yoodo.
Aku baru nak cuba Yoodo ni setelah pakej istimewa bersama Celcom telah pun tamat.
Jadi aku tempah sim dekat web Yoodo pada 4 Julai 2021. Dan 7 Julai 2021 pos laju hantar ke rumah.
Sepatutnya dalam aplikasi Yoodo ni kita boleh track pasal postage sim yang ditempah. Tapi aku tengok status tak pernah dikemaskini.
Aku pasang aplikasi Yoodo di telefon Redmi Note 8 selepas membuat tempahan sim telefon di laman web. Bila dah dapat sim, korang boleh guna aplikasi Yoodo untuk meng-aktif-kan sim tersebut. Cuma perlu masukkan nombor sim, ambil gambar IC dan selfie.
Satu SMS pengesahan akan dihantar kepada anda untuk tujuan pengesahan port-out.
Akhirnya 8 Julai 2021 proses port-out aku ni selesai. Mudah kan? Kalau nak port-out ke Yoodo, korang boleh masukkan referral code berikut untuk dapatkan 7Gb percuma!
Semalam aku dah berjaya port-in ke Tune Talk dari Celcom. Jadi aku ingat nak celebrate la dengan kongsikan pengalaman berharga aku ni dengan korang semua. Kalau korang nak tahu cara mudah untuk port-in ke Tune Talk, teruskan pembacaan.
Dalam usaha aku menurunkan perbelanjaan bulanan, antara bil yang aku rasa boleh kurangkan adalah bil telefon. Jadi aku dah buat sedikit analisis dari minggu lepas, aku rasa Tune Talk menawarkan pelan yang lebih murah berbanding pelan yang aku guna di Celcom.
Di Celcom, aku menggunakan pelan First Blue II, dengan caj bulanan sebanyak RM47.70. Melalui First Blue II ni, aku dapat 50 minit panggilan, 50 SMS, 2GB Internet + 2GB Weekend Internet. Pakej ini kemudiannya mendapat naik taraf 5GB Internet + 5GB Weekend Internet. Continue reading “Pengalaman Pertama Port-In ke Tune Talk dari Celcom”
Semalam aku dan bini dah buat keputusan untuk terminate langganan broadband Maxis kami. Lalu kami pun pergi la ke Maxis Centre yang terletak di kawasan Greentown, Ipoh. Aku tak pernah terminate broadband Maxis sebelum ni. Celcom pernah je. Hehehe.
Imbas Kembali
Sebelum kami menetap di kawasan Tronoh tu, kami memang dah buat siasatan terperinci mengenai liputan internet di Tronoh ni. Aku cadang kat bini untuk langgan YES, tapi bini excited sangat nak pakai broadband Maxis.