Pengalaman Pertama Mendaki Bukit Kiara

Hari sabtu yang lalu, aku dan Syafiq dan seorang lagi kawan beliau telah merajinkan diri untuk mendaki Bukit Kiara. Bukit Kiara ni terletak dekat Petaling Jaya. Korang boleh “Waze” Taman Lembah Kiara, Jalan Abang Haji Openg.

Oleh kerana kitorang bertiga memang tak pernah mendaki Bukit Kiara ni, macam “blur-blur” jugak la bila sampai ke kawasan rekreasi Taman Lembah Kiara tu. Tak tahu mana pintu masuk untuk mendaki Bukit Kiara. Nasib baik Syafiq ni rajin bertanya. Takde la kitorang sesat. Hehehe.

Trek pendakian pada mulanya tidaklah begitu mencabar. Trek yang sama juga digunakan oleh pendaki yang berbasikal. Ramai juga yang naik basikal di sekitar kawasan mendaki. Aku rasa lebih 10 orang yang aku jumpa hari tu. Continue reading “Pengalaman Pertama Mendaki Bukit Kiara”

Misi Menawan Gunung Nuang – Part 2

gunung-nuang

Jadi mari aku sambung cerita Misi Menawan Gunung Nuang untuk bahagian 2. Remy cakap aku kene cerita dengan lebih terperinci lagi pasal pengalaman kitorang atas gunung tu. Ntah pape lah Remy ni. Nak tulis banyak-banyak sila tulis dalam blog sendiri. Kah kah kah.

Kali ni aku nak ceritakan persiapan dan barang-barang yang korang kena bawa. Walaupun aku takde la “season” sangat dalam hal ni, mungkin ada juga satu dua tips yang korang boleh ambil.

Day Trip

Untuk “Day Trip”, korang disarankan untuk memulakan pendakian Gunung Nuang seawal pagi yang boleh; jam 6-7 pagi dan antara barang yang penting adalah baju hujan dan lampu. Kalau korang mula lambat, nanti nak balik makin lambat la. Petang-petang gelap. Dan hujan.

Air mineral dalam 2-3 liter. Lebih banyak lagi bagus. Sarung tangan juga aku sarankan korang pakai sebab kat atas sana banyak memanjat batu dan tali. Makanan korang pandai-pandai la bajet sendiri nak bawa banyak mana. Bawa “power bar” ke, nasi bungkus ke, terpulang kepada selera masing-masing. Continue reading “Misi Menawan Gunung Nuang – Part 2”

Misi Menawan Gunung Nuang

gunung-nuang

Hujung minggu lepas, aku bersama beberapa rakan sekerja telah berjaya dalam misi mendaki Gunung Nuang. Kumpulan kami, The Adventure Madness yang terdiri daripada Pisyek, Azwan, Seri, Erni, Nisa, Remy dan Mus dah lama merancang untuk mendaki gunung.

Pada mulanya nak mendaki Gunung Irau, tapi tak jadi. Hihihi.

Jadi pada pagi Sabtu, 13 Feb 2016 dalam jam 7 pagi, kami semua berkumpul di kaki Gunung Nuang. Masing-masing bawak la kelengkapan yang diperlukan. Aku je yang bawa baju. Makanan, air, lampu picit, ponco, semua tak bawak. Hehehe. Continue reading “Misi Menawan Gunung Nuang”