Pengalaman Pertama Mendaki Bukit Kiara

Hari sabtu yang lalu, aku dan Syafiq dan seorang lagi kawan beliau telah merajinkan diri untuk mendaki Bukit Kiara. Bukit Kiara ni terletak dekat Petaling Jaya. Korang boleh “Waze” Taman Lembah Kiara, Jalan Abang Haji Openg.

Oleh kerana kitorang bertiga memang tak pernah mendaki Bukit Kiara ni, macam “blur-blur” jugak la bila sampai ke kawasan rekreasi Taman Lembah Kiara tu. Tak tahu mana pintu masuk untuk mendaki Bukit Kiara. Nasib baik Syafiq ni rajin bertanya. Takde la kitorang sesat. Hehehe.

Trek pendakian pada mulanya tidaklah begitu mencabar. Trek yang sama juga digunakan oleh pendaki yang berbasikal. Ramai juga yang naik basikal di sekitar kawasan mendaki. Aku rasa lebih 10 orang yang aku jumpa hari tu.

Antara cabaran dalam mendaki bukit kiara ni adalah ketiadaan tanda arah. Kami tiba di puncak dalam masa 1 jam (kot) dan tiada apa yang menarik di situ. Yang menariknya kitorang sesat ketika meneruni Bukit Kiara untuk ke kawasan rekreasi Taman Lembah Kiara tadi. Pfffttt.

Di sini juga terdapat jalan tar yang pada hemat aku, ni mesti la trek untuk orang yang berbasikal tadi. Jadi kalau korang boleh la bawa basikal kalau rasa nak berbasikal sambil mendaki bukit. Hehehe.

Kitorang berjaya mencari jalan pulang untuk ke kawasan tempat letak kereta setelah mengikuti pagar besi di sempadan bukit. Saranan aku adalah kepada korang yang baru nak berjinak dengan Bukit Kiara ni, sila bawa seseorang yang berpengalaman. Tak pun bergerak dalam kumpulan.

Jangan lupa bawa air. Aku tak bawa air langsung. Dah sampai kat bawah baru beli air soya RM2.50 satu cawan. Sila datang awal jugak sebab tempat letak kereta memang terhad. Kalau lambat memang kena parking di tepi jalan atau dalam kawasan perumahan dekat situ. Kena jalan jauh la sikit.