Ada ke storan 1TB M.2 PCIe-NVMe SSD murah dengan harga RM500? Pisyek ada jumpa 1 jenis M.2 NVMe SSD ni yang bersaiz 1TB dengan harga sekitar RM500 sahaja.
Tak percaya?
Sebelum Pisyek kongsikan mana nak beli 1TB M.2 PCIe-NVMe SSD ni, mungkin ada yang tak tahu apa benda storan jenis M.2 PCIe-NVMe SSD ni.
M.2 adalah rupa bentuk storan tersebut dan ia boleh didapati dalam beberapa size seperti 2280 (22×80 mm) dan 2242 (22×42 mm). Kebiasaan saiz fizikal storan yang korang pakai tu adalah 2.5 / 3.5 inci.
PCIe adalah jenis sambungan slot yang terdapat pada motherboard PC atau Laptop anda. Jenis sambungan PCIe adalah berkali-kali ganda lebih laju berbanding SATA kerana kelajuan SATA terhad kepada 600MB/s sahaja.
NVMe – Non-volatile memory (express) adalah communication transfer protocol yang dikhususkan untuk SSD.
SSD – Solid-state drive ni lah storan korang. Beza SSD dengan HDD adalah SSD tidak menggunakan disc (cakera) seperti HDD. Jadi tak ada bahagian mekanikal yang bergerak dalam SSD.
Berbalik kepada tajuk asal, mana nak dapat 1TB PCIe-NVMe SSD murah dengan harga RM500? Sebenarnya Pisyek tak jumpa lagi SSD dengan harga RM500 tepat. Hehehe.
Tapi korang boleh usha M.2 PCIe-NVMe SSD jenama Kingston A2000.
Kingston A2000 menawarkan M.2 PCIe-NVMe SSD dengan saiz 250GB, 500GB, dan 1TB. Apa yang menariknya Kingston turut menawarkan 5 tahun waranti untuk SSD ini.
Harga untuk Kingston A2000 berdasarkan saiz adalah seperti berikut:
Kalau korang beli melalui link Shopee di atas sebelum/pada 7 Julai, korang dapat voucher diskaun RM5-RM15 bergantung kepada jumlah pembelian.
Jadi pembelian korang ni menjadi lebih jimat dan lebih berbaloi. Pisyek pun nak beli juga satu untuk Lenovo Legion 5. Mujur laptop ni ada 2 slot PCIe-NVMe. Hehehe.