Mesti ada yang tertanya selamat ke kalau beli laptop secara online? Sebenarnya aku pernah beli laptop Asus K501 melalui Lazada. Tapi kali ni aku beli laptop Lenovo secara terus dari laman web Lenovo sendiri.
Kenapa beli Laptop Lenovo Online?
Ada beberapa kelebihan dan kekurangan kalau beli laptop secara online ni. Jadi aku cerita kelebihan dulu la kan baru korang excited nak beli juga. Hehehe.
Antara kelebihan bila beli online:
#1 Harga murah
Tips untuk beli laptop Lenovo murah ni adalah korang beli waktu hujung minggu, lagi-lagi kalau hari tu adalah hari cuti. Aku perasan Lenovo selalu bagi diskaun hujung minggu dan pada hari cuti.
Masa aku beli dulu tu adalah pada hari raya yang pertama. Dapat la guna kupon RAYA. Kalau beli hujung minggu, selalunya kupon WEEKEND.
#2 Beli tetapan yang dikehendaki sahaja
Bila beli dari website Lenovo tu, korang boleh terus customize nak beli model dengan spesifikasi yang korang nak. Nak Ryzen 5, Ryzen 7, Intel i5, Intel i7 semua boleh pilih.
RAM pun boleh beli 8GB atau 16GB atau 32GB terus kalau korang nak. Tapi RAM ni bergantung pada laptop juga. Ada laptop yang guna slot SODIMM. Ada yang terus soldered pada motherboard.
Storan pun boleh pilih nak beli M.2 sahaja atau yang bersaiz 2.5 inci. Storan ni pun bergantung kepada jenis laptop juga la. Ada model laptop yang banyak slot. Selalunya laptop yang nipis-nipis ni hanya ada satu atau dua slot M.2 sahaja.
#3 Ansuran Kad Kredit
Ha, kalau beli dekat website Lenovo, boleh guna kad kredit HSBC tanpa faedah. Korang boleh pilih sama ada ansuran selama 6 bulan atau 12 bulan. Kalau beli melalui Lazada atau Shopee, kebanyakkannya hanya kad kredit Maybank yang diterima untuk pembayaran ansuran ni.
So sekarang pakai ada problem tak bro? Saya pun plan nak beli legion 5 online jugak ni dkt Lenovo official website yg option customizable jugak
sekarang pakai takde problem pun. Masa mula-mula dapat je ada problem dengan keyboard backlight.
Contact lenovo via FB dorang guide macam mana nak fix.
Tapi orang kata shipping dia lambat sngat jan
Ikut model jugak kot. Ada model yang dorang kata ship within 3 business day macam tu.
Kalau model yang high demand memang ambil masa. Hehehe.
Assalamualaikum, saya pun baru beli satu laptop dari lenovo ni. Saya bayar guna direct transfer Maybank (Interbank Giro). Lepas dah bayar tu, mcm mana nak dapat info pasal estimated time tu? Saya clueless sebab tak tau bayaran tu successful ke tidak ke lenovo tu dan mcm mana nak tau payment kita dah diterima
Salam, biasanya Lenovo akan hantar emel resit dan tracking number.
Dari situ boleh track.
Boss guna no acc lenovo yang mana ya? Saya pun nak guna direct transfer tapi risau pula tersalah transfer.Boleh contact {REDACTED} no sayaa untuk bantu saya.Thank you boss
Tak silap dulu bila nak bayar dekat website, Lenovo ada payment gateway dia sendiri, Jadi bukan direct transfer ke mana-mana akaun.
Pastikan beli di website rasmi kalau tak nak kena scam.