Legion 5 Gaming Laptop Murah Bawah RM3000

lenovo legion 5

Boleh dapat ke gaming laptop murah dengan harga bawah RM3000? Aku ada jumpa satu semalam. Lenovo Legion 5 15 ditawarkan dengan harga bermula RM2999.20 termasuk kos penghantaran. Serius mampu milik.

Lenovo Legion 5

Kenapa laptop Lenovo Legion 5 15 ni murah? Mari kita lihat spesifikasi yang ditawarkan dengan tanda harga RM2999.20 ni.

Spesifikasi Asas

  • Processor: AMD Ryzen 5 4600H
  • Operating System: Microsoft Windows 10 Home 64
  • Memory: 8 GB DDR4 3200MHz
  • Display: 15.6″ FHD 250 nits 120Hz
  • Graphic: NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB GDDR6
  • Storage: 128GB SSD M.2 PCIe-NVMe
  • Wireless: Wi-Fi 6 2-2 AX, Bluetooth 5.0

Buat masa sekarang, model ni sahaja yang boleh ditempah secara online di sini. Lenovo Legion 5i 15 (versi Intel), Legion 5i 17 (versi Intel dengan skrin 17.3 inci), Legion 5Pi mungkin akan datang tak lama lagi.

Kalau rasa spesifikasi asas tak cukup power, korang boleh upgrade komponen berikut:

  • Processor: AMD Ryzen 7 4800H
  • Memory: 16GB DDR4 3200MHz
  • Graphic: NVIDIA GeForce GTX 1650 TI

Kalau dah upgrade macam ni, takde la harga masih bawah RM3000. Walau bagaimana pun, aku dah tempah satu Legion 5 ni untuk menggantikan laptop Asus K501 yang aku tengah guna sekarang.

Jadi kalau aku nak letgo Asus K501 ni murah-murah, ada yang berminat tak?

5 Replies to “Legion 5 Gaming Laptop Murah Bawah RM3000”

  1. Saya merupakan salah satu pengguna Lenovo Legion, tetapi versi lama punya.

    Masa tu harga laptop RM3.5k pun spec tak sepower sekarang. Sekarang lebih berbaloi dan lebih murah berbanding dulu.

    Sekarang ni juga sedang menaip guna Lenovo legion Y520. i5 pun dah 3.5k masa tu. Haha.

  2. berapa harga kalau nak letgo ASUS tu? saya student, laptop yg ada nyawa² ikan dah ni😣

    1. Kalau ikutkan nak tolak RM1,500

      Spek sekarang:
      – 2x SSD (240+240) Gb
      – 12 Gb RAM

      Tapi ada member dah booking, kalau dia tak amik jugak bulan depan, boleh la saya letgo kat cik timah rm1,400 je.

      Hehehe.

Comments are closed.