Misi Menawan Gunung Nuang

gunung-nuang

Hujung minggu lepas, aku bersama beberapa rakan sekerja telah berjaya dalam misi mendaki Gunung Nuang. Kumpulan kami, The Adventure Madness yang terdiri daripada Pisyek, Azwan, Seri, Erni, Nisa, Remy dan Mus dah lama merancang untuk mendaki gunung.

Pada mulanya nak mendaki Gunung Irau, tapi tak jadi. Hihihi.

Jadi pada pagi Sabtu, 13 Feb 2016 dalam jam 7 pagi, kami semua berkumpul di kaki Gunung Nuang. Masing-masing bawak la kelengkapan yang diperlukan. Aku je yang bawa baju. Makanan, air, lampu picit, ponco, semua tak bawak. Hehehe.

Kami sememangnya telah merancang untuk berkhemah di Kem Lolo. Tapi aku sebenarnya dah bangkang cadangan ni awal-awal sebab takut hujan, terpaksa ikut berkhemah sekali sebab majoriti nak berkhemah. Huhuhu. Kitorang bawa 3 buah khemah.

Mus bawa bini beliau untuk misi mendaki Gunung Nuang ni sekali. Memang gila kentang la. Hahaha.

4 Replies to “Misi Menawan Gunung Nuang”

  1. Lama tak tanda tangan dalam buku besar puncak gunung…Last tahun 1988…kem bawah tu misteri tgh mlm dengar lelaki baca alquran…padahal semua dah tidor…pp

Comments are closed.