Misi Menawan Gunung Nuang – Part 2

gunung-nuang

Jadi mari aku sambung cerita Misi Menawan Gunung Nuang untuk bahagian 2. Remy cakap aku kene cerita dengan lebih terperinci lagi pasal pengalaman kitorang atas gunung tu. Ntah pape lah Remy ni. Nak tulis banyak-banyak sila tulis dalam blog sendiri. Kah kah kah.

Kali ni aku nak ceritakan persiapan dan barang-barang yang korang kena bawa. Walaupun aku takde la “season” sangat dalam hal ni, mungkin ada juga satu dua tips yang korang boleh ambil.

Day Trip

Untuk “Day Trip”, korang disarankan untuk memulakan pendakian Gunung Nuang seawal pagi yang boleh; jam 6-7 pagi dan antara barang yang penting adalah baju hujan dan lampu. Kalau korang mula lambat, nanti nak balik makin lambat la. Petang-petang gelap. Dan hujan.

Air mineral dalam 2-3 liter. Lebih banyak lagi bagus. Sarung tangan juga aku sarankan korang pakai sebab kat atas sana banyak memanjat batu dan tali. Makanan korang pandai-pandai la bajet sendiri nak bawa banyak mana. Bawa “power bar” ke, nasi bungkus ke, terpulang kepada selera masing-masing.

Jangan jadi macam kitorang tak bawa makanan (semua tinggal dekat tapak perkhemahan). Lepas tu mengemis kat atas puncak. Hahahaha.

Camping

Kalau korang nak berkhemah di Kem Lolo, semestinya korang kena bawa khemah. Dan sila pastikan khemah tu tak bocor. Khemah yang kitorang bawa memang lah khemah baru, tapi bocor. Khemah murah memang macam ni. Hampeh.