Tempah Baju Microfiber Quick Dry Dengan Custom Printing Murah

microfiber quick dry

Kali ni Pisyek nak kongsikan pengalaman pertama tempah baju microfiber quick dry dengan custom printing yang murah gila; RM15/pc je weh! Siap free printing bahagian depan lagi.

Kalau korang nak tau Pisyek beli kat mana, sila baca sampai habis. 🙂

Hari tu Pisyek ternampak satu iklan ni dekat FB, dan memandangkan Pisyek pun dah lama tak beli baju, jadi Pisyek pun terpanggil la untuk buat tempahan. Yang lagi menarik, takde minimum order.

Jadi kalau nak tempah sehelai pun dorang boleh buat.

Tanpa membuang masa, Pisyek pun start la design nak print apa dekat baju tu. Pisyek bukan la terer sangan bab design ni, tapi boleh la siapkan beberapa design yang nampak macam menarik untuk dipilih.

pisyek tshirt logo

Antara 7 design di atas, maka Pisyek pun pilih la dua untuk dicetak atas baju. Kira Pisyek tempah satu baju untuk satu design.

Rasanya korang pun tau dah design mana yang jadi pilihan Pisyek berdasarkan gambar dan video di youtube ni.