Ini bukan kali yang pertama aku “cash-out” PayPal ke CIMB bank. Tapi satu kejadian yang sangat mengejutkan aku dimana semalam aku “cash-out” dan duit masuk dalam hari yang sama.
Sungguh efisyen bukan?
Sebab teruja duit PayPal masuk cepat, aku jadi termotivasi untuk menulis cara-cara “cash-out” PayPal ke CIMB. Hahahaha. Tak silap aku cara ini terpakai untuk semua bank di Malaysia.
Tetapi, sebelum aku tunjukkan cara “cash-out” ke dalam akaun CIMB, tips pertama yang paling penting untuk mengelakkan anda dikenakan caj adalah untuk “cash-out” minima pada RM400. Kalau kurang RM400, anda akan dikenakan caj RM3 per transaksi.
Cara mudah untuk “cash-out” PayPal ke dalam akaun CIMB atau bank-bank lain.
- Login PayPal
- Masuk ke laman “account overview”
- Pergi ke tab “withdraw”
- Pilih “withdraw to your bank account”
- Di laman ini anda boleh memilih berapa jumlah yang hendak dikeluarkan. Tapi sebelum tu, pilih “add bank account” untuk masukkan nombor akaun CIMB anda.
- Setelah nombor akaun CIMB dimasukkan, boleh ulang langkah #4 dan #5 tadi untuk memasukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
- Siap!
Takde la rumit sangat proses nak “withdraw” PayPal ke CIMB ni.
Kalau korang perasan masa langkah #4 tadi, masa pemprosesan transaksi PayPal ke CIMB dinyatakan dalam 2-3 hari bekerja. Jadi macam mana aku boleh dapat dalam 1 hari sahaja?
Ini aku cerita sini abis kat sini je la ok. Mungkin kebetulan pun ada. Tapi untuk kejadian aku tu, aku “withdraw” PayPal hari isnin lepas jam 8 pagi. Kemudian aku check dalam CIMB pukul 4 petang dah masuk. Hebat kan? hehehe.
Sekian sahaja daripada saya. Kalau ada yang nak menderma melalui PayPal, jangan segan untuk hubungi saya cepat-cepat. CIMB pun boleh. 🙂
P/s: Dah lama takde tutorial kat blog aku ni.
orang dah masyuk le fiverr katakan..ahaha..mmg skrg ni dah cepat.opis Paypal Malaysia pun dah ada, apa ada hal