Pengalaman Pertama Membeli Secara Online di 11 Street

Ini kisah bagaimana aku buat pertama kalinya membeli-belah di 11 Street. Macam pernah dengar pasal 11 Street ni kan? Ala, yang keluar iklan dalam TV tu. Hehehe.

Macam mana boleh terfikir nak beli barang di 11 Street?

Dalam sehari dua ni aku teringin nak beli kamera aksi (action camera) macam GoPro tu. Tapi aku nak cari yang murah-murah je la. Aku mana ada duit sangat walaupun dah berjaya kumpul beratus USD daripada fiverr, bukan taraf aku untuk pakai GoPro ni.

GoPro Hero 4 pun kurang-kurang dalam RM2000. Jadi mengenangkan aku pun bukan orang yang banyak duit, kena la cari kamera aksi versi bajet yang murah contohnya seperti SJ4000/SJ5000, RD990 atau Xiaomi Yi. Continue reading “Pengalaman Pertama Membeli Secara Online di 11 Street”

Pengalaman Pertama Beraya di Rumah Mentua

Dah setahun lebih aku nikah dengan Bini. Tahun lepas beraya di kampung aku. Jadi tahun ni kami beraya di kampung Bini la pulak. Gilir-gilir katanya. Hehehe.

Hari khamis minggu lepas, kami bertolak balik ke Penang dengan menaiki kapal terbang. Berlepas dari KLIA 2 dan mendarat di Bayan Lepas. Perjalanan dari KLIA 2 ke Bayan Lepas hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Continue reading “Pengalaman Pertama Beraya di Rumah Mentua”

Pengalaman pertama daftar kelahiran anak

Kepada anda yang masih lagi belum tahu, aku dah pun bergelar seorang ayah secara rasmi pada 1 Mei yang lalu. Tahniah kepada diri sendiri sebab dah jadi ayah. Hehehe.

Selepas anak dilahirkan di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, kami sekeluarga pun balik ke kampung (Penang). Dah alang- alang kat kampung, daftar je la anak kat kampung. Jadi aku pun pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Seberang Perai Tengah, Jalan Ciku, Bukit Mertajam. Continue reading “Pengalaman pertama daftar kelahiran anak”

Hello world!

morning-grass-pic

Salam 1Pisyek.

Dah lama rasanya aku tak berblog secara serius. Sejak setahun-dua ni asyik berblog sambil lewa je. Hehehe. Dan kemudian telah datang satu semangat baru. Semangat untuk bermula dari kosong balik. #lulz

“Kenapa mula dari kosong?”

Aku sebenarnya malas nak cerita. Kalau cerita pun bukan korang faham. Tapi cerita sini habis sini je, ok? Sebenarnya aku malas nak uruskan fail-fail dan entri-entri lama dalam blog yang sebelum ini. Aku nak tukar theme baru tapi kebanyakan entri lama macam terikat sangat dengan theme yang lama-lama dulu. Malas la pulak aku nanti nak kemaskan satu per satu.

Entri yang lama-lama tu nanti aku re-publish balik kat sini, terutama tutorial-tutorial. Nanti senang sikit korang nak buat rujukan, kan?

“Eh, bukan ko selalu tulis dalam english kat sini?”

Mulai saat ini, aku akan menulis secara dwi-bahasa. English dan Melayu. Baru la rajin sikit nak menulis kat sini. Tak la pening sangat kepala nak alih bahasa. Hehehe.

Aku rasa cukup setakat ini dulu pengenalan untuk blog baru ni. Blog baru mana boleh tulis panjang-panjang. Newbie mana boleh lawan Pro. Kah kah kah.