Pengalaman Pertama Membeli Secara Online di 11 Street

Xiaomi Yi – Kamera Aksi Bajet yang murah

Aku tak pasti macam mana boleh ter-ilham untuk buka 11 Street ni. Kebetulan pulak ada jualan murah! Aku pun beli la satu Xiaomi Yi Action Camera. Lengkap dengan kad memori 16GB, casis kalis air, dan kayu selfie dengan harga RM355.

Aku tempah dan bayar pada pagi Isnin, hari Rabu dah sampai. Penghantaran melalui pos laju. Aku ingatkan hari Selasa tu dah boleh dapat. Tapi ok la kan, 3 hari. Hehehe.

Nak mendaftar sebagai pembeli 11 Street adalah teramat senang. Boleh guna akaun Facebook jika ada. Tapi aku tak faham kenapa tiap-tiap kali nak login melalui Facebook mesti 11 Street ni minta password jugak. Hurm.

Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan barang yang aku dah beli melalui 11 Street ni. Korang pernah beli barang di 11 Street tak?

2 Replies to “Pengalaman Pertama Membeli Secara Online di 11 Street”

Comments are closed.