Jom Sertai Sepetang Bersama Blogger 2016

Sepetang Bersama Blogger (SBB) kini kembali untuk tahun 2016! Tapi SBB ni apa? Dianjurkan oleh Team Denaihati, majlis ini menghimpunkan penulis-penulis blog dari Malaysia dan luar negara seperti Indonesia, Singapura, dan lain-lain (yang mana nak datang la).

Walaupun nama majlis ni sepetang tapi sebenarnya ia berlangsung dari pagi sampai ke petang. Hahaha.

Pada tahun 2016, SBB 2016 akan diadakan pada 16 April 2016, bertempat di Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur.

Pendaftaran telah pun dibuka sejak Mac lepas lagi kalau tak silap. Tapi yuran promosi sebanyak RM30 kepada anda yang mendaftar sebelum atau pada 8 April 2016. Harga yuran biasa adalam RM50. Aku baru je daftar isnin lepas. Hehehe.

Jumlah kerusi yang disediakan terhad kepada 500 orang sahaja. Jadi kalau berminat boleh cepat-cepat mendaftar di SBB.my.

Apa yang menarik?

Selain ucapan dan perkongsian tips daripada blogger-blogger handalan, terdapat cabutan bertuah yang boleh tahan jugak la nilainya. Kalau tak silap aku, SBB 2015 telah menampilkan iPhone 5S sebagai hadiah.

Untuk SBB 2016, aku pun tak tahu sebab tak jumpa info di blog DenaiHati. Hehehe. Tapi SBB 2016 mendapat penajaan daripada pelbagai pihak. Antaranya MDeC, Yeos Malaysia, Les Copaque, dan lain-lain. Power-power kot dorang ni.

Komfem meletup punye event ni. Hahahaha.

One Reply to “Jom Sertai Sepetang Bersama Blogger 2016”

Comments are closed.