Ramai juga yang mendaki pada hari Sabtu yang lepas. Selepas dalam 2 jam mendaki, kira-kira 4.9 km dari kaki Gunung Nuang, kami tiba di Kem Lolo. Nisa dah bergegar lutut, tak larat nak teruskan misi ke puncak Gunung Nuang. Jadi kitorang pasang khemah dan tinggal la Nisa menjaga khemah kitorang.
Ramai juga yang datang untuk mendaki dan berkhemah di sini. Ada kumpulan budak sekolah jugak. Dan kat sini juga ada beberapa ekor anjing yang tak dapat lah kami ketahui siapa tuannya. Jadi sila berhati-hati kalau tak nak terpijak tahi anjing. Lol.
Dari Kem Lolo, kami teruskan pendakian ke Kem Pacat. Dari Kem Pacat terus ke Puncak Pengasih kemudian sampailah ke puncak. Kami tiba di puncak gunung kira-kira jam 3.30 petang. Serius letih sebab trek pendakian sangat mencabar.
Aku pun dah letih tulis post pasal Misi Menawan Gunung Nuang ni. Akan bersambung.
ika tak pernah daki gunung . dan taknak la . hahahaha . semputtttt
Lama tak tanda tangan dalam buku besar puncak gunung…Last tahun 1988…kem bawah tu misteri tgh mlm dengar lelaki baca alquran…padahal semua dah tidor…pp
Perghhh…. Gua sejak kahwin nie, rasanya xmampu dah nak panjat tinggi-tinggi… Dah lama x exercise
kene mula bersenam dah bro. Nampak bulat sangat masa #SBB2016 hari tu. Hehehe. 😛