Aku tahu mesti ramai yang dah mula servis kereta sempena nak balik beraya di kampung. Aku pun sama la. Aku baru je hantar servis kereta Perodua Viva aku tu ke Bengkel Anda Automobil di Wangsa Maju. Dekat rumah aku la ni.
Hari ni kompeni aku bagi cuti. Plan asal adalah nak balik kampung dengan kapal terbang tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Hehehe. Jadi aku ambil peluang ni untuk hantar servis Viva aku tu sebab dah nak expired pun. Mileage dah menghampiri 90,000km.
Aku ingatkan sebab aku je cuti, mungkin bengkel ni kosong la kan. Tapi sebaliknya la pulak. Orang ramai gile. Ramai juga yang jenis walk-in macam aku hari ni. Ekekeke. Continue reading “Servis Kereta Perodua Viva di Wangsa Maju”