Servis Kereta Perodua Viva di Wangsa Maju

Aku tahu mesti ramai yang dah mula servis kereta sempena nak balik beraya di kampung. Aku pun sama la. Aku baru je hantar servis kereta Perodua Viva aku tu ke Bengkel Anda Automobil di Wangsa Maju. Dekat rumah aku la ni.

Hari ni kompeni aku bagi cuti. Plan asal adalah nak balik kampung dengan kapal terbang tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Hehehe. Jadi aku ambil peluang ni untuk hantar servis Viva aku tu sebab dah nak expired pun. Mileage dah menghampiri 90,000km.

Aku ingatkan sebab aku je cuti, mungkin bengkel ni kosong la kan. Tapi sebaliknya la pulak. Orang ramai gile. Ramai juga yang jenis walk-in macam aku hari ni. Ekekeke.

Lepas cek rekod dalam buku dan sedikit soal-jawab dengan advisor Bengkel Anda ni, aku pilih untuk buat major servis dan tukar timing belt sekali. Kos untuk major servis dan tukar timing belt adalah masing-masing kira-kira RM380 dan RM320. Huhuhu.

Untuk pengetahuan anda, selalunya bila aku pergi pusat servis kereta perodua ni selalunya dorang offer minor atau major servis. Major servis ni lebih mahal sebab dia cover item yang lebih banyak berbanding minor servis dan ikut mileage juga.

Antara item yang aku kena caj tadi adalah:

  1. Oil filter
  2. Air filter
  3. Gasket
  4. Engine oil
  5. Gear oil
  6. Spark plug
  7. Battery terminal protector
  8. Cabin filter
  9. Brake fluid
  10. Radiator coolant

Tapi aku tak tahu la kan mungkin ada perbezaan dari segi labor charge antara pusat servis perodua seluruh Malaysia. Setakat ni aku pernah hantar kereta ke 3 buah pusat servis perodua; Jertih, Bangi, dan Wangsa Maju.

Kalau anda rasa nak servis kereta di Bengkel Anda Automobil ni, boleh la telefon dulu untuk buat temujanji. Nanti tak ada la kena tunggu lama macam aku. Tapi kalau kena tunggu pun takde hal sebab bengkel ni ada tempat menunggu yang berhawa dingin, ada TV, Wifi, air kopi, dan majalah (ini apa yang aku perasan la).

Ini baru hantar servis kereta Perodua Viva dah RM700. Kalau aku pakai BMW berapa la agaknya. Hehehe. Korang dah servis kereta?