Berbalik kepada cerita pengalaman aku beli laptop Lenovo secara online ni, aku order laptop ni pada 24 Mei 2020 hari tu.
Dan selepas 3 minggu, masih tak dapat lagi. Nak marah sangat pun tak boleh sebab masa nak beli Lenovo dah bagi estimate laptop akan dihantar dari 4-8 minggu.
Laptop Lenovo yang aku beli tu adalah Legion 5. dengan spesifikasi Ryzen 5 4600H, 16GB RAM, 256GB M.2 SSD, skrin 250 nit, GeForce GTX 1650 4GB.
Apa kekurangan bila beli laptop online?
Pada aku masalah bila beli online ni adalah bab penghantaran. Masa beli laptop Asus dari Lazada dulu penghantaran memang cepat. Tak silap aku tiga hari dah dapat.
Tapi pengalaman aku beli dengan Lenovo ni memang nyata berbeza. Ini yang aku rasa nak marah skit sebab berdasarkan status daripada syarikat penghantar, laptop dah sampai Sepang, Selangor tapi jadi lambat sebab dokumen tak lengkap.
Jadi sangkut dekat kastam pulak.
Masalah dengan kastam ni memang dari dulu lagi berlaku terhadap pembeli-pembeli laptop Lenovo. Korang bolek rujuk Lowyat, Forum atau Facebook Lenovo sendiri untuk lihat komen-komen pembeli Lenovo; termasuklah aku.
Jadi pesanan aku kalau korang jenis yang tak boleh tunggu lama-lama ni, boleh beli latop lenovo dari local retailer atau Lazada/Shopee je senang. Aku senaraikan beberapa penjual laptop Lenovo Legion jika korang berminat:
Legion Y7000 Intel i5 9300H (Link: Shopee / Lazada)
Legion Y545 Intel i7 9750H (Link: Shopee / Lazada)
Kemaskini 18 Jun 2020
Laptop aku akhirnya sampai dah. Brader UPS hantar naik Van.
So sekarang pakai ada problem tak bro? Saya pun plan nak beli legion 5 online jugak ni dkt Lenovo official website yg option customizable jugak
sekarang pakai takde problem pun. Masa mula-mula dapat je ada problem dengan keyboard backlight.
Contact lenovo via FB dorang guide macam mana nak fix.
Tapi orang kata shipping dia lambat sngat jan
Ikut model jugak kot. Ada model yang dorang kata ship within 3 business day macam tu.
Kalau model yang high demand memang ambil masa. Hehehe.
Assalamualaikum, saya pun baru beli satu laptop dari lenovo ni. Saya bayar guna direct transfer Maybank (Interbank Giro). Lepas dah bayar tu, mcm mana nak dapat info pasal estimated time tu? Saya clueless sebab tak tau bayaran tu successful ke tidak ke lenovo tu dan mcm mana nak tau payment kita dah diterima
Salam, biasanya Lenovo akan hantar emel resit dan tracking number.
Dari situ boleh track.
Boss guna no acc lenovo yang mana ya? Saya pun nak guna direct transfer tapi risau pula tersalah transfer.Boleh contact {REDACTED} no sayaa untuk bantu saya.Thank you boss
Tak silap dulu bila nak bayar dekat website, Lenovo ada payment gateway dia sendiri, Jadi bukan direct transfer ke mana-mana akaun.
Pastikan beli di website rasmi kalau tak nak kena scam.