Setelah buka akaun syarikat di Maybank, aku pun buka satu akaun syarikat di CIMB pula. Ini adalah pengalaman pertama aku buka akaun syarikat CIMB tanpa introducer. Macam mana buka akaun syarikat CIMB tanpa introducer?
Kena la baca sampai habis. Aku buka akaun je, duit takde la banyak sangat pun. Hahaha. Ternyata pengalaman buka akaun akaun di CIMB tak serumit di Maybank.
Kenapa memilih CIMB?
CIMB antara bank yang mempunyai sistem perbankan online yang bagus. Jadi lebih sesuai jika anda membuka akaun syarikat di bank seperti CIMB atau Maybank untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.
Ada bank yang sangat tak mesra pengguna. Contohnya HSBC. Mengikut pengalaman aku dengan HSBC ni, pelanggan akan dapat satu device yang perlu digunakan bersama untuk membuat transaksi online. Jadi leceh lah. Tapi dari satu segi yang lain, mungkin lebih selamat untuk pelanggan.
Buka akaun syarikat tanpa Introducer di CIMB
Setelah pengalaman ngeri aku di Maybank tempoh hari, aku selidik dahulu proses di CIMB cawangan yang bakal aku berurusan. Aku memilih CIMB cawangan Bandar Sunway sebab dekat dengan rumah.
Kali pertama melawat cawangan CIMB tersebut, aku bertanya kepada pegawai bank di kaunter pertanyaan dan ambil borang terlebih dahulu. Mengikut keterangan beliau, takde Introducer pun takpe. Wow!
Aku dengan gembiranya balik ofis dulu, isi borang dan datang balik pada keesokkan harinya dengan borang yang telah diisi selengkap yang boleh. Dokumen sokongan yang diperlukan lebih kurang sama je. Kena bawa SSM dan cop syarikat/perniagaan.
Tapi rupanya pegawai bank semalam tidak berterus-terang dengan proses “buka akaun syarikat tanpa Introducer” ni. Ketika berurusan dengan pegawai bank yang menguruskan pendaftaran akaun syarikat lain pula kisahnya.
Aku diberitahu yang pegawai CIMB di situ boleh menjadi Introducer, dengan syarat aku membeli sebarang produk dengan CIMB terlebih dahulu. Hahahahahampehhhhhh.
Jadi nak memudahkan urusan pembukaan akaun syarikat aku terus la buat pelaburan Unit Trust melalui CIMB. Tak perlu bayar sebarang jumlah wang kerana aku menggunakan wang KWSP Akaun 1 untuk tujuan ini.
Dipendekkan cerita, setelah 1 minggu, aku perlu kembali ke bank untuk melengkapkan pendaftaran akaun syarikat CIMB dan CIMB bagi kad ATM untuk memudahkan urusan pengeluaran.
Berbeza dengan Maybank dimana tiada kad ATM diberikan. Kos bagi pendaftaran dan kad CIMB ini dicaj terus ke akaun yang baru dibuka. Jadi duit deposit anda akan berkurang la setelah ditolak dengan kos pendaftaran akaun syarikat CIMB ni.
Aku rasa sampai sini je dulu perkongsian aku berkenaan pengalaman pertama buka akaun syarikat CIMB ni. Ada soalan boleh tanya di ruang komen.
berapa deposit yang diperlukan untuk buka akaun syarikat di cimb?
Dari pengalaman saya, RM1000.
cop syarikat tu mcm mne? pegi kedai buat cop ade nama dalamat no tel dan no ssm reg tu ke?
Cop syarikat tu yang adalah cop yang ada nama dan no pendaftaran syarikat.
Boleh google image je kalau nak tengok contoh cop syarikat. Ada banyak jenis.
Selalunya yang bentuk bulat.
Wow.. CIMB seperti tidak telus. Mereka sepatutnya lebih transparent dalam hal ni. Saya tak mampu untuk komen lebih mengenai CIMB kerana syarikat saya menggunakan Maybank. Proses mendaftar akaun syarikat di Maybank juga mudah. Kerana current account personal saya yang menjadi introducer kepada current account syarikat.
Betul ke boleh pakai akaun simpanan kita sendiri je sebagai introducer???
Saya tiada info mengenai akaun simpanan sebagai introducer.
Laa ya ka? Sebab dulu pernah tengok dalam website CIMB tak perlu introducer. Mungkin itu jenis akaun semasa yang lain la kot.
Kenapa sekarang nak buka account cimb kena ada bagi bill elektrik…pelik la aq
Baru je pergi semalam.xperlu pun introducer tu
Wah, untung la. Pergi branch mana semalam?
Berapa deposit yg perlu untuk buka akaun baru?
Deposit yang diperlukan hanyalah sebanyak RM1000.
Tapi sekarang nak daftar kena online, siapa tahu?
mungkin encik kena introducer sbb isi borang manual. kalau isi online, tak perlu introducer. dan tgk review yg lain,cop syarikat pun xperlu.. saya sdg cuba nak buka current acc cimb ni..harapnya mudahlah urusan
Saya doakan urusan cik dipermudahkan. Amin.
berapa cas untuk buat kad atm tu?
Tak ingat dah kos secara tepat, dalam RM20 ke bawah rasanya.
Saya baru buka current acc cimb. .lepastu kena buat smpanan tetap tiap2 bulan. .dia ckp lebih kurang mcm epf la. .tiap2 bulan ptong duit. .ok ka? Saya x pandai bab2 ni. .mmg syarat kena buat mcm tu ka?
Pada hemat saya, “kene buat” tu sebenarnya bergantung kepada cawangan bank yang proses permohonan tuan.
Cawangan yang saya pergi ada bagi beberapa pilihan seperti mana yang saya sebutkan di atas.
Potongan tetap tu boleh cancel tak nanti?
boleh pergi cimb plaza azalea..boleh buat scra online or manually di bank..hanya perlu bw cop…xperlu introducer.sgt mudah dan staff yg sgt friendly..recommended..
Terima kasih kerana berkongsi. First time ni jumpa positive feedback.
Hehehe.
Duit dalam acc tu boleh keluarkan balik tak?hehe
Bank mana yg dicadangkan?
Boleh keluarkan balik, tapi kalau baca T&C, kena maintain certain number kalau tak nanti bank akan caj fee.
Dia ada bagi buku tak selesai buka akaun cimb tu ? Dia bagi kad je ke ?
Bank tak bagi buku cik. Rasanya dah lama bank tak bagi buku bila buka akaun.
buku cek dpt slps sminggu tu ke ye?
Saya tak pasti tuan sebab saya tak buat buku cek.
Benda sama terjadi Kat sy,semalam buat current account jugak then lepas settle some,staff tu paksa sign untuk insurans sun light protector and dia cakap kalau betul2 nak cancel kena datang within 2 weeks Kat bank. Dia cakap tepaksa buat camtu sebab nak tunjuk sales Kat bos. Camne ya pndapat korang. Apa sy perlu buat untuk cancel insurans tu??
Wow, cawangan yang mana tu?
Saya rasa kena tanya bank la pasal insurans tu.
Sy pom kna bt register sunlight investments linked insurance… Rm200 sbln.hmmmmm…
Salam..kalau Sole Proprietor tu Designation nak letak sebagai ape ye? Sebab “Owner” takde dalam list.
Sama la baru je pegi.. Sbb xde cop company..dan account lebih selamat kata nya kalo ada sunlight
Betul ka kalau buat perniagaan berkaitan online perlu surat kebenaran skmm bagi membuka akaun syarikat? Sbb sya pergi cimb bila saya buat business penjualan atas talian, berkaitan multimedia. Diorang suruh ambik surat kebenaran drpd skmm (mcmc) .
Saya first time dengar pasal ni. Mungkin juga ini requirement baru.
Ada tak syarat bank.nk bukak akaun company mesti lebih setahun atau dua tahun
Nak tnya, cimb terima tak kalau lesen niaga buat dr daerah/negeri lain cth: srwk, tapi apply buka akaun syarikat di cimb w.p labuan?
Setahu saya tidak menjadi masalah.
Pengalaman saya sendiri, perniagaan daftar di Perak, buka akaun di Selangor.
kalau kita tak nak apply insurance tu tak pe ke? atau memang semua pemilik current account wajib apply produk yang bank offer?
Saya tak apply pun insurans yang ditawarkan.
Kalau buka acc personal brapa kena bayar ?
Tak pasti la pula saya cik farah.
Baru balik cimb taman universiti skudai.. nak buka acc company. Tapi dia syaratkan kena ambik produk cimb samaada insuran, medic card , persaraan dll.. lain cawangan bank , lain syaratnya.. dh la baru nak berjinak berniaga.. pendapatan company pun xmantap lg .. dh mcm2 syarat dia.. kena cr cimb yg xbanyak songeh la kot..
Dia siap bg syarat kat sy 1st kena byr rm250 sbb dh umur 30 pastu sy ckp xckup 30 lg skrg jun bru ckup 30 then dia ckp blh kurg byr rm200 per month…
Xleh cancel ke insurance sun life ni? Dia ckp kena masok duit rm3k dlu dlm account… 🙄
Semalam sy buka acc saving. Pegawai cimb tanya macam2 dan sy ckp sy bisnes online. Dia kata better buka acc under company. Bayaran 1k. Buat online. Bila dh dapat yg online tu. Suruh refer dkat bank. Terus daftar.
Bila dah buka company account ni kena maintain rm1k dalam account. Kalau tak kena half-yearly service charge.
Baru-baru ni saya kena walaupun dalam akaun ada lebih rm1k.
Tak sempat lagi nak call CIMB untuk minta penjelasan.
Kalau deposit dari kwsp *beli produk unit trust*
adakah duit tersebut dimasukan dalam akaun syarikat?
Sekiranya masuk dlm akaun syrkt, boleh tak pakai deposit tersebut?
Dari pengalaman saya, duit tersebut akan digunakan untuk buka akaun unit trust personal.
Macam mana nak buka current account untuk personal pula? Urusan nye lebih kurang sama juga erk?
Sama la.. Kena buat isurance byr rm200 sbulan.. Sun life…