Review Freshtel Internet 100Mbps

freshtel internet review pisyek

Anda kali pertama dengar Freshtel Internet ni? Freshtel Internet menawarkan servis jalur lebar (broadband) internet kepada pengguna di rumah dan juga perniagaan.

Aku dah pakai selama sebulan, jadi aku ras selayaknya untuk aku kongsikan pengalaman guna Freshtel Internet ni.

Freshtel menawarkan beberapa pakej untuk pengguna di rumah bermula dari 30 Mbps hinggalah ke 300 Mbps. Untuk permulaan, aku langgan pakej 100 Mbps dengan harga RM118 sebulan tanpa sebarang kontrak.

Untuk pakej yang sama kalau ambil kontrak 1 tahun, dapat la diskaun jadi RM98 sebulan. Kalau langgan dengan kontrak selama 2 tahun, Freshtel akan bagi diskaun dan juga percuma mesh router.

On tak on?

Jadi dah sebulan pakai ni, macam mana servis Freshtel Internet?

Speedtest Fast.com

Apa yang bagus

#1 Servis tak pernah down lagi setakat ni. Ha, harap-harap di masa akan datang pun akan terus cemerlang. Hehe.

#2 Hampir setiap masa dapat kelajuan penuh untuk download. Kadang-kadang sampai 110 Mbps, walaupun langgan pakej 100 Mbps. Pagi, petang, siang, malam speed tip top!

#3 Dia bagi router power; Mi AIoT AC2350. Dalam bilik pun boleh dapat 100 Mbps. Jauh sikit dalam tandas dapat 30 Mbps.

Mi AIoT Router AC2350

Apa yang kurang

Takde lagi buat masa ni. Hehehe.

Kesimpulan

Sekian sahaja review tidak berbayar daripada Pisyek. Kalau korang nak tengok pakej Freshtel Internet dengan lebih lanjut, boleh ke Freshtel.my.

Freshtel ni liputan dia tak meluas sangat. Jadi beruntung la kalau rumah korang tu dia cover.

Mungkin ada yang cakap kenapa aku tak langgan je Time Internet sebab pakej dorang lebih gempak; sampai 1 Gbps kot. Time Internet ada kontrak dan susah kalau aku nak pindah-pindah rumah ni.

Kalau nak dibandingkan Freshtel ni dengan Sunway Digital Wave, aku rasa Freshtel menang sebab SDW ni kerap jugak masalah selalu down. Kerap jugak la aku buka tiket support.