Pengalaman Guna Internet Sunway Digital Wave

Sunway Digital Wave

Kali ini Pisyek nak kongsikan pengalaman pertama guna internet daripada Sunway Digital Wave. Pisyek baru je pindah ke rumah baru di Savanna Executive Suites, Southville City.

Pada masa sekarang hanya ada Sunway Digital Wave sebagai internet provider. Unifi dan Time takde lagi. Dan kenapa dorang tak masuk sini pun Pisyek musykil juga sebab kawasan sini ada lebih daripada 3000 unit.

Ikut logiknye boleh dapat ramai pelanggan la kan?

Berbalik kepada Sunway Digital Wave (SDW), dorang ni ada 3 jenis pakej yang boleh dilanggan:

Pakej 10Mbps: RM129/bulan
Pakej 30Mbps: RM149/bulan
Pakej 100Mbps: RM179/bulan

Sunway Digital Wave

Di rumah lama Pisyek dulu, internet yang kami langgan adalah Unifi 50Mbps. Ada beberapa pro dan con lah jika nak dibandingkan antara Unifi dan SDW ni.

Dengan menggunakan SDW, Pisyek dapat kelajuan internet yang lebih pantas (100Mbps) berbanding Unifi (50Mbps) dengan harga yang sama. Tapi yang tak best adalah SDW ni takde pakej TV macam HyppTV Unifi tu.

Antara kekurangan lain yang terdapat pada SDW ni adalah penggunaan hardware cap ayam. Pisyek dibekalkan dengan satu fibre router Calix Gigahub model 813G.

Menurut pembacaan Pisyek dan review daripada Naschenweng, model ni memang tersangat tak best. Bila guna wifi speed jadi slow (kurang 50Mbps). Guna kabel LAN baru laju. Pisyek dah contact Customer Service dan dorang pun suggest guna kabel LAN. Hurm.

SDW phone speedtest
Speedtest menggunakan fon

Pisyek pun tak sempat nak godek habis lagi router ni sebab sibuk kemas rumah. Tunggu update daripada Pisyek nanti ok. Gerak lu , pape roger.

Kemaskini: 8 September 2018

Sekarang, SDW mula menawarkan pakej yang lebih berpatutan:

Pakej 30Mbps: RM88/bulan
Pakej 100Mbps: RM128/bulan

SDW 100Mbps

 

Kemaskini: 6 November 2018

Unifi dah pun masuk ke Southville City. Ada antara penduduk di Savanna dah pun pasang Unifi ni.

Pisyek tengah tunggu Time je ni. Nanti dah masuk kita tukar. Hehehe.

 

Kemaskini: 28 November 2018

SDW kini kembali dengan harga yang lebih murah! Pakej internet 30Mbps dan 100Mbps yang ditawarkan kini dengan tanda harga berikut:

Pakej 30Mbps: RM78/bulan
Pakej 100Mbps:RM99/bulan

Jadi harga SDW ni kira sama macam pakej 100Mbps yang ditawarkan oleh Time. Cuma Time takde pakej 30Mbps. Hehehe.

<akan bersambung>

30 Replies to “Pengalaman Guna Internet Sunway Digital Wave”

  1. Kalau tukar router, mungkin boleh improve wi-fi connection? I will also be moving to Southville very soon.

    1. Sunway Digital provide 1 unit modem + router, bukan 1 modem, 1 router.

      Normally this kind of setup, ISP dah “lock” device tersebut.

      Pada pendapat saya, boleh improve wifi signal dengan tambah 1 lagi router sebagai repeater.

  2. Hi neigbor.. kami di B2. Tengah fikir2 nak subscribe ke nak tunggu unifi…

  3. hi neighbour…saya tgh tunggu TIME..bila la dorg nak masuk ni…huhu

  4. Hello neighbour,

    Saya A2. Sub to digi infinite and its not worth it. So SDW ok utk online gaming? Playing fifa on ps4.

    1. Kene main dekat router kalau guna WiFi sebab signal mungkin tak kuat.

      Setakat ni main Dota 2 tak pernah ada connection problem lagi.

      Internet kadang2 putus juga sebab device SDW takde elektrik.

      1. I see, nvm, ps4 ill just use LAN. Utk wifi pulak, kalau guna mainly for mobile dalam rumah should be okay? Wifi coverage boleh dapat satu rumah?

  5. Huhu terima kasih buat entry ni. Ktorg baru pindah sini 1 Sept. Ni dekat TM nak potong Unifi 😭😭😭

  6. So berbaloi tak nak subscribe Digital Wave nie sekarang? Pishang line fon slow. Wifi takde🤦🏼‍♀️ Baru je hantar modem unifi kt TM.

  7. Hi bro. So far hows the SWD? I br pindah avens. Mcm xde option selain SWD. Apa xtra device u pki utk improve the signal? Advise pls.

    1. Saya tak pakai additional device setakat ni.

      Boleh guna additional repeater kalau nak improve lagi signal.

    2. So untuk kt savanna ni okay x SDW?tengah pk nk subscribe ni..bro suggestkan ke x?sb contract 2 tahun kan?kalau x okay payah nnti

  8. Landed house kena bayar rm350 utk installation by SWD. normal practice ke?

    1. Hi Izwar, are you using at Avens? How is the connection, stable and fast? TQ

  9. dengar cite sunway digital wave offer lagi murah sekarang dekat Savannah. 30mbps Rm78 dan 100mbps Rm98. ada siapa boleh konfirm tak? murah betul kalau harga camtu….

    1. Sunway Digital Wave dah update pricing dorang. Tapi 100Mbps RM99. Sama macam time. Saya dah update entri ni seperti di atas.

  10. Saya di Avens Residence.. yg ada cuma SDW. subscribed 100MB/s..
    2 minggu pertama memang teruk.. akhir sekali technician tukar modem yg ada software version lama.. hasilnya tiada lagi masalah.

    sekarang internet memang laju.. kalau guna ethernet – >90 Mb/s.
    wifi 5Ghz pun > 90Mb/s… tapi wifi 2.4 Ghz perlahan sikit – 50-60 Mb/s..
    kesimpulanny lebih laju dari unifi yang pasang dirumah lama.

  11. Kalau Time dah masuk Savanna pls update sini ya. Rasanya Time punya connection lagi stable dari SDW & unifi.

    Salam dari Blok B1.

Comments are closed.