Review Jaket Komine JK-069 Air Stream

komine-jk-069-airstream-mesh-pisyek

Harga Jaket Komine JK-069 Air Stream

Mula-mula aku buat bancian di laman web Mudah. Tengok macam ada banyak harga. Ada yang RM800 lebih. Lepas tu aku google pulak dan jumpa penjual lain yang harganya dalam RM900 lebih. Jadi Bike Cheap ni je yang jual bawah RM500.

Murah kan? Aku pun pergi la ke kedai untuk mencuba sendiri jaket Komine JK-069 Air Stream ni. Kata Tuan kedai stok barang dorang memang original. Dorang boleh jual jaket Komine JK-069 Air Stream murah sebab ambil stok secara pukal dari kilang. Katanya lah.

Ciri-ciri Keselamatan

Jaket Komine JK-069 Air Stream ni ada menyertakan beberapa pad/plate perlindungan seperti siku, dada, bahu, leher, dan bahagian belakang badan. Kesemua pad/plate yang disertakan boleh ditanggalkan dengan mudah jika anda mahu mencuci jaket ini.