#MotoVlog Pergi Kerja Balik Kerja

Aku tengok banyak post #motovlog dalam Youtube, jadi aku pun nak cuba jugak la. Hehehe. Dengan menggunakan Demak Skyline dan kamera Xiaomi Yi, aku pun cuba shoot dari Wangsa Maju ke KLCC.

Ada banyak tempat untuk pasang kamera seperti atas helmet, tepi helmet, tengah dada, handle motor, tapi aku memilih untuk pasang kamera dengan dagu helmet. Nasib baik la ada helmet fullface.

Aku rasa macam lagi sesuai la kot sebab kalau atas helmet nampak macam tinggi sangat. Kalau tepi nanti nampak helmet pulak. Jadi dagu helmet mungkin pilihan yang terbaik.

Dengan permukaan yang agak rata di bahagian dagu, CRG ATV-1 ni memang memudahkan aku untuk mount kamera Xiaomi Yi. Tapi sebab dia macam senget ke tepi sikit, kena pakai sambungan tambahan.

Ada nak komen pasal video di atas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *